Hi! Welcome Back and Stay Tune! Benarkah Ubat Akan Terkumpul Dalam Badan Kita Selepas Dimakan, Pegawai Farmasi Ini Beri Pencerahan Akan Dakwaan Mitos Tersebut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Benarkah Ubat Akan Terkumpul Dalam Badan Kita Selepas Dimakan, Pegawai Farmasi Ini Beri Pencerahan Akan Dakwaan Mitos Tersebut

Jika membuat eksperimen atau kajian terhadap sesuatu benda, seharusnya kita lakukan dengan cara yang betul, dan tidak boleh menyamakan atau membuat andaian dengan begitu sahaja tanpa kaitkan dengan unsur sains, dan tubuh badan kita.

Begitu juga bila mana kita mengambil ubat-ubatan yang diperlukan oleh tubuh apabila jatuh sakit, dan ada dakwaan yang mengatakan, ubat tersebut tidak akan dicerna dengan sepenuhnya, dan lama-kelamaan ia akan terkumpul dengan banyak di dalam tubuh kita.

Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut akan dakwaan tersebut, seorang pegawai farmasi, iaitu saudara Dziehan Mustapa kongsikan pengalaman yang dihadapinya bersama pesakit akan isu ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

MAKCIK NAK TANYA BOLEH?

Pada suatu hari semasa saya bertugas di Klinik Kesihatan, semasa sesi kaunseling ubat dengan seorang pesakit diabetes, ada pertanyaan yang buat saya tersenyum dengan persoalan yang diberikan oleh seroang makcik…

En. Dziehan, makcik hendak bertanya boleh?

Boleh, apa salahnya…nak tanya berkaitan apa tu?

Berkaitan ubat…makcik dah jemulah nak makan ubat ini dan makcik rasa dalam badan makcik ini dah ada banyak ubat sebab dah lebih lapan tahun makcik makan ubat kencing manis dan darah tinggi ni…

Hari tu makcik pergi ke pusat rawatan terapi gelobang magnet dan elektrik kat pekan…ramai orang macam makcik cuba terapi tu…tapi sebelum memulakan terapi percuma tu kena dengar ceramah daripada petugas mereka…

hmmmm…ok, teruskan makcik

Mak cik: Petugas tu cakap, kita kalau makan ubat sudah bertahun lamanya, ubat tersebut akan berkumpul dalam tubuh kita…dia siap buat demo lagi En. Dziehan…

Dia masukkan dua biji ubat demam dalam gelas dan ke esokkan harinya dia tunjukkan kepada kami ubat itu masih ada dalam gelas tersebut tetapi dalam keadaan yang telah hancur dan mendap pada permukaan gelas…

Saya: (Kat sinilah saya sudah mula tersenyum kerana boleh agak apakah soalan yang akan diutarakan oleh makcik tersebut) Oooooo…teruskan makcik

Mak cik: Petugas itu kata beginilah yang berlaku dalam badan kita…bila lama makan ubat ubat akan hancur dan terkumpul dalam badan kita…itu yang buat makcik risau dan makcik mengaku makcik makan ubat sekarang selang beberapa hari kerana macik takut ubat terkumpul banyak dalam badan makcik…

Soalannya, betul ke apa yang diperkatakan oleh mereka itu En. Dziehan?

Saya: (Sambil tersenyum)…Mereka jual barang ke kat tempat terapi tu makcik?

Mak cik: Jual…mereka jual tilam terapi...Ubat-ubatan dia tak jual. Katanya lebih baik jauhi ubat yang akhirnya akan terkumpul dalam badan.

Gantikan ubat dengan terapi magnet dan elektik ini untuk rawat penyakit kencing manis dan darah tinggi. Katanya ada yang telah pulih dan yang rosak buah pinggang pun dah kembali normal semula…

Bagaimana tu En. Dziehan? Jangan marah makcik yer sebab makan ubat selang-selang hari itu…

Saya: Eh, tak akan lah saya nak marah makcik…kan saya dah lama kenal makcik dan selalu borak-borak (kaunseling) dengan makcik pasal ubat…OK begini untuk jawab persoalan yang bermain-main di minda makcik tu…

Eksperimen yang petugas di pusat terapi tu tunjuk tidak habis sebenarnya makcik.

Mak cik: Eh, kenapa pula?

Saya: Sebab gelas yang dia guna tu tidak ada lubang di bawah gelas tersebut untuk mengeluarkan ubat yang telah hancur dan mendap di bawah gelas itu.

Mak cik: Hmmmmm…kenapa pula kena ada lubang pula En Dziehan. Itu gelas bocor namanya.

Saya: Betul gelas bocor namanya…petugas tu menggunakan gelas untuk memberi gambaran apakah yang berlaku dalam badan ubat yang kita makan. Tetapi kalau guna gelas yang tiada lubang salah tu.

Mak cik: Sebab apa pula En. Dziehan?

Saya: Sebab badan kita bukan sebiji macam gelas tu. Kalau badan kita macam gelas tu, bukan sahaja ubat akan terkumpul dan tidak keluar…minuman yang kita minum pun tidak akan keluar dan akhirnya kita akan menjadi kembung dan buncit…

Cuba bayangkan kalau gelas tersebut saya tambah dengan air…kalau tidak ada lubang dibawah gelas tersebut makan pasti akan melimpah air keluar daripada gelas itu…

Mak cik: Hmmmm…betul juga. Habis sebenarnya apa yang berlaku En. Dziehan?

Saya: Begini..kita tidak boleh samakan eksperimen gelas itu sama seperti apa yang berlaku dalam tubuh kita…dalam tubuh kita ini Allah S.W.T sudah cipta pelbagai jenis organ dan setiap organ akan mempunyai fungsi masing-masing…Oleh itu tubuh kita bukan satu bekas kosong macam gelas itu..

Mak cik: Ooooo…

Saya: Saya kata eksperimen itu tidak lengkap kerana gelas tersebut tiada lubang di bawahnya kerana saya hendak gambarkan satu situasi yang berlaku dalam tubuh yang kita panggil sebagai “PERKUMUHAN”.

Semua benda yang kita makan dan minum akan dikumuhkan keluar daripada tubuh kita ibarat gelas tersebut mempunyai satu lubang di bawahnya…

Mak cik: Apa kebenda perkumuhan itu En. Dziehan?

Saya: (Sambil tersenyum)…Perkumuhan itu adalah proses membuang keluar bahan-bahan yang tidak diperlukan keluar daripada tubuh..agar benda-benda ini tidak terkumpul dalam tubuh kita.

Contohnya kita buang air kecil setiap hari kan makcik? Haaa itu satu contoh bagaimana badan kita membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan keluar daripada tubuh kita.

Mak cik: Ooooo…makcik faham. Sebab itu En. Dziehan kata gelas itu sepatutnya ada lubang di bawahnya kerana mesti ada bahan yang dikeluarkan daripada tubuh…macam kita buang air.

Saya: Yer…ubat pun begitulah makcik. Sebabkan petugas itu gunakan ubat demam maka saya juga akan bagi contoh perkara sebenar yang berlaku dalam tubuh berkaitan ubat demam paracetamol.

Bila kita makan ubat demam, suhu badan kita yang demam itu akan berkurangan dan kita dapat rasainya…betul tak makcik?

Mak cik: Yer betul…

Saya: Itu bermaksud, ubat paracetamol yang diserap masuk ke dalam tubuh di usus dan kemudiannya masuk ke dalam salur darah akan diproses (dimetabolismakan) di hati kita dan menghasilkan kesan (Kesan terapeutik) untuk menurunkan suhu badan…

Namun semua ubat bukan boleh berada kekal dalam tubuh, cukup tempoh masa ubat tersebut memberikan kesannya ia akan dikumuhkan keluar daripada tubuh. Untuk ubat paracetamol ia akan dikumuhkan melalui air kencing kita….

Mak cik: Oh ye ker….

Saya: Yer makcik…sebab itu kita kena makan lagi ubat demam paracetamol itu selepas enam jam…perasan tak suhu badan kita meningkat semula selepas lebih kurang enam jam kita makan ubat paracetamol itu…

Ini kerana ubat paracetamol boleh berada dalam tubuh badan kita lebih kurang 5-6 jam sebelum ia dikumuhkan melalui buah pinggang kita dan dibuang keluar melalui proses pembuangan air kecil. Sebab itu juga arahan untuk makan ubat paracetamol adalah setiap enam jam atau 4 kali dalam sehari.

Mak cik: Oooo…sekarang makcik faham. So eksperimen itu salahlah yer? Rugi makcik tanya lewat kan En. Dziehan pasal benda ini…bukan apa makcik takut kena marah.

Saya: Laaa…kami anggota kesihatan ini makcik prihatin dengan status kesihatan setiap pesakit yang menerima rawatan di klinik ini…maka jangan takut.

Bercerita dengan kami sebarang masalah berkaitan ubat-ubatan yang dialami agar kami tahu apakah tindakan terbaik untuk dilakukan agar rawatan yang paling sesuai dapat diberikan kepada setiap pesakit.

Mak cik: Hmmmm…terima kasih En. Dziehan. Sekarang ini saya yakin dan nak makan ubat kencing manis saya semula setiap hati tanpa perlu risau ia akan berkumpul dalam tubuh saya seperti eksperimen salah itu…

Saya ‘Qada’kan dos ubat yang saya tertinggal tu yer En. Dziehan, rasa rugi pula tidak makan ubat.

Saya: Ehhhhhhhh….tidak perlu ‘Qada”kan dos yang dah tertinggal itu. Nanti terlebih dos. Tolong jangan buat macam tu makcik. Risau saya nanti makcik masuk hospital pulak sebab terlebih dos.

Makan ubat seperti biasa ikut arahan yang diberikan. Yang dah tertinggal itu lupakan sahaja. Ini bukan macam puasa makcik nak ‘Qada” kan yang tertinggal.

Mak cik: Ooooo…gitu. Ok makcik akan makan seperti biasa ikut arahan dan akan terus makan ubat setiap hari.

Salah eksperimen seperti ini. Ubat tidak berkumpul dalam tubuh kerana adanya proses perkumuhan. Ubat yang telah dimetabolismakan dan memberi kesan terapeutiknya akan dikeluarkan daripada tubuh kita.
KESIMPULAN.
Begitulah kisahnya seorang makcik ini yang terpedaya dengan MITOS-MITOS yang dibuat oleh para peniaga yang tidak beretika.
Tujuannya hanya untuk melakukan produk jualan mereka dengan memberikan gambaran tidak betul terhadap rawatan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak Hospital dan Klinik Kesihatan.
Setiap ubat yang kita makan tidak berkumpul dalam tubuh kita. Cukup masa tindaknya, ubat tersebut akan dikumuhkan oleh organ dalam tubuh kita seperti buah pinggang. Tubuh kita pula akan buang keluar melalui air kencing kita. Oleh itu ubat tidak akan berkumpul dalam tubuh badan kita.
Walau bagaimanapun ada bahan yang boleh berkumpul lama dalam tubuh kita….sebagai contoh logam berat seperti Arsenik, Plumbum, Merkuri dll. Bahan-bahan ini memang sukar dikumuhkan keluar daripada tubuh kita.
Sebab itu amalan merokok yang terbukti asap rokok mengandungi kandungan arsenik dan plumbum akan terkumpul dalam tubuh sedikit demi sedikit sehingga ia boleh menyebabkan kesan buruk kepada tubuh badan kita.
Sesi kaunseling santai bersama pesakit. Pesakit selesa dan mudah mesra seterusnya bercerita pengalaman mereka mengambil ubat di rumah.
Oleh itu, jangan takut untuk berbincang dengan ahli profesional kesihatan seperti Pegawai Farmasi, Doktor, Jururawat dan sebagainya.
Ceritakan masalah yang dialami terutama berkaitan pengambilan ubat di rumah atau apa-apa sahaja soalan yang bermain-man di minda agar mendapat penjelasan yang jelas oleh kami.
Ingat…komunikasi mesti dua hala. Elakkan untuk berdiam diri ketika bertemu profesional kesihatan yang merawat anda.
Jadikan kami RAKAN ANDA kerana kami prihatin terhadap status kesihatan para pesakit dan bukan menjual produk atau cuba mengaut sebarang keuntungan.
Status kencing manis makcik ini terkawal semula dan dapat dilihat semasa rawatan susulan beliau pada bulan berikutnya.
Alhamdulillah makcik ini berkongsi pengalaman serta berceritakan kepada saya MITOS yang dipercayai olehnya sebelum ini.
MITOS DITEGAH, SIHAT KEMBALI, JAUHI KOMPLIKASI.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa RPh: 4282)
Medical Mythbuster Malaysia-M3




Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.