Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Cara Berkesan Tunjukkan Penghargaan Anda Kepada Orang Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Cara Berkesan Tunjukkan Penghargaan Anda Kepada Orang Lain

Penghargaan adalah tanda syukur atau berterima kasih kepada sesuatu, ia boleh dipamerkan dalam pelbagai bentuk. Dalam kehidupan seharian, menghargai semua perkara yang wujud di sekeliling kita sangatlah besar manfaatnya. Bukan sahaja mampu membuatkan anda rasa bahagia, malah orang lain.

Terdapat banyak cara untuk menterjemahkan rasa ini, setiap orang mempunyai gaya tersendiri bagaimana mereka menghargai sesuatu. Tidak semestinya melalui pemberian meterial sahaja, malah dengan ucapan ataupun tingkah laku sudah cukup untuk dijelaskan.

Dan kali ini, saya cuba kongsikan beberapa cara kreatif yang boleh dilakukan dengan mudah sebagai tanda anda menghargai orang lain. Sedar atau tidak, anda mungkin pernah melakukannya setiap hari.

1. Like post di facebook

Like status facebook rakan-rakan anda! Ya, kita sekarang berada di zaman di mana kebanyakan masa dihabiskan dalam dunia digital. Saya yakin, majoriti pembaca di The Vocket mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun facebook.

Menekan like mungkin perkara yang kecil di mata anda, tetapi percayalah dengan hanya satu like juga mampu memberi satu makna yang cukup besar. Saya berikan satu contoh mudah, cuba letakan diri anda adalah tuan empunya posting. Saat anda menulis sesuatu tentang diri sendiri atau kata-kata yang memberi motivasi, apabila seseorang like status anda pastinya secara langsung rasa dihargai bukan?

Begitu juga dengan orang lain, like boleh mewakili banyak makna. Sebagai tanda sokongan, memberi perhatian, bersetuju dan lain-lain. Nak lagi istimewa, tekan butang love, kalau nak lebih ekstra komen menggunakan ayat-ayat yang positif.

2. Menjadi seorang yang pemaaf

Walaupun ini bukan perkara mudah, tetapi percayalah, memaafkan orang lain banyak manfaatnya. Memaafkan orang lain seperti memberi satu peluang kepada seseorang membetulkan kesilapannya. Ia membuatkan seseorang itu tadi rasa dihargai, dan secara langsung sikap ini membuatkan anda turut dihargai dengan satu martabat yang lebih tinggi.

Dalam perkara yang lain, menjadi pemaaf adalah satu cara untuk membebaskan diri dari sifat benci.

3. Menghubungkan kenalan

Sahabat adalah hadiah terhebat dalam hidup. Memperkenalkan rakan kepada rakan yang lain adalah sesuatu yang sangat bagus. Selain daripada mewujudkan perhubungan yang lebih positif, cara ini secara zahirnya tanda terima kasih dalam masa yang sama ia juga menunjukkan yang anda mencintai dan menghargai mereka.

4. Sokong dan sentiasa memberikan ulasan yang positif

Hari ini, rata-rata setiap orang mahu mencari pendapatan sampingan. Anda juga pastinya mempunyai rakan yang menjalankan perniagaan, baik secara online ataupun offline. Membeli barang yang dijual oleh rakan anda adalah satu penghargaan yang cukup besar baginya, ia memberitahu yang anda sedang menyokong usahanya.

Amalkan untuk memberi komen yang positif tentang produk yang sudah dibeli. Kesannya, perhubungan akan bertambah akrab dan secara langsung anda telah memberinya satu semangat.

5. Jauhi penggunaan telefon pintar ketika bersama

Penggunaan telefon pintar ketika bersama orang lain boleh menghilangkan fokus, lebih-lebih lagi jika terdapat perkara penting yang ingin disampaikan oleh nya. Hadirkan diri dan beri perhatian yang sepenuhnya merupakan cara terbaik untuk memberitahu anda menghargainya, jadi jangan jadikan telefon sebagai alat yang menganggu kemesraan anda.

6. Menulis surat dengan tulisan tangan

Ini adalah satu teknik klasik yang semakin dilupakan. Zaman berteknologi seperti sekarang, menghantar surat dengan mengguna tulisan tangan boleh jadi sesuatu yang sangat tinggi nilai sentimentalnya. Ia boleh membuatkan si penerima rasa dihargai dan istimewa.

Sekeping kertas, stem, dan sampul surat boleh jadi sesuatu yang sangat mahal.

7. Mengajar sesuatu yang baru

Setiap orang memiliki kelebihan dan bakat unik tersendiri, baik sifatnya kecil ataupun besar. Berkongsi tentang apa yang kita tahu merupakan satu bentuk untuk menunjukkan penghargaan kepada orang lain. Sebagai contoh, anda mahir dalam sesuatu ilmu, jadi tidak salah untuk berkongsi dengan orang lain.

Orang kata sharing is caring kan? Dan ini juga adalah tanda anda menghargai apa yang anda miliki. Menghargai apa yang dimiliki atau bersyukur ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang bahagia didiami.

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.