Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tentera Mexico Penakut – Trump - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tentera Mexico Penakut – Trump

Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus mencetuskan kontroversi baharu apabila mengancam untuk menghantar tentera ke Mexico bagi menangani aktiviti jenayah di negara jiran tersebut.

Berdasarkan transkrip perbualan antara Trump dan rakan sejawatnya dari Mexico, Enrique Pena Neito pada minggu lalu, Presiden AS itu mempersoalkan kegagalan negara jiran tersebut mengekang avktiti jenayah yang turut menjejaskan AS.

“Usaha anda (Mexico) tidak cukup untuk menghentikan jenayah.

“Saya fikir tentera anda takut. Tentera AS tidak takut dan saya boleh menghantar (tentera) untuk menangani perkara itu,” kata Trump seperti dilaporkan Associate Press.

Laporan yang sama turut disiarkan oleh laman web Mexico, Aristegui Noticias pada Selasa.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Jabatan Hal Ehwal Luar Mexico menolak laporan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak berasas dan menekankan bahawa perbualan antara kedua-dua pemimpin itu sebagai positif.

Laporan media itu hadir ketika hubungan AS dan Mexico semakin tegang susulan perancangan Trump untuk membina tembok di sempadan kedua-dua negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta penyusupan pendatang haram.

White House bagaimanapun tidak mengeluar sebarang maklum balas berhubung kenyataan Trump mahu menghantar tentera ke Mexico.

The post Tentera Mexico Penakut – Trump appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.