OnePlus Dan Meizu Didapati Mengelat Di Dalam Beberapa Aplikasi Ujian Penanda Aras
Markah yang dicatatkan menerusi aplikasi penanda aras dijadikan kayu pengukur kemampuan sesebuah peranti. Bagi pengguna yang mahu peranti paling berkuasa, ia mempengaruhi pembelian peranti. OnePlus dan Meizu didapati mengelat untuk mendapatkan markah yang tinggi pada peranti keluaran mereka.
Penipuan dikesan oleh XDA Developer pada peranti OnePlus 3T dan Meizu Pro 6 ketika melakukan ujian Geekbench dan Antutu. Di dalam kes OnePlus 3T, pemproses akan berfungsi pada kelajuan lebih tinggi berbanding normal. Ini menyumbang kepada markah yang amat tinggi berbanding peranti lain yang turut menggunakan pemproses Snapdragon 821.
Pihak OnePlus telahpun memberikan kenyataan rasmi selepas penipuan mereka didedahkan. Mereka berjanji akan membuang mekanisme yang memberikan markah ujian lebih tinggi ini di dalam kemas kini Oxygen OS untuk OnePlus 3T dan OnePlus 3 yang akan datang.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment