Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Menghampiri Angka 2 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Menghampiri Angka 2 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Facebook merupakan laman sosial yang paling popular dan kerap digunakan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Terkini, pihak Facebook berkongsi laporan semasa syarikat mereka, dan mengumumkan kini mereka mempunyai sekitar 1.86 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Facebook StatistikJikalau dilihat daripada setiap hari, Facebook mengatakan 1.23 bilion pengguna mengakses perkhidmatan mereka setiap hari, dan sekitar 1.15 bilion pengguna mengakses Facebook melalui aplikasi mudah-alih setiap hari.

Dari segi penggunaan ciri-ciri, Facebook kini mempunyai sekitar 400 juta pengguna yang menggunakan fungsi panggilan audio dan video setiap bulan. Facebook Messenger sendiri yang beroperasi sebagai platform tersendiri dikatakan kini mempunyai 1 bilion pengguna aktif.

Selain Facebook, kini Instagram pula dilihat mempunyai sekitar 600 juta pengguna aktif setiap bulan, selain WhatsApp yang mempunyai 1.2 bilion pengguna aktif setiap bulan. Instagram Stories sendiri memperlihatkan digunakan oleh lebih 150 juta pengguna setiap hari.

Dengan pelbagai perkembangan sihat ini, semestinya Facebook mempunyai lebih perancangan lain dalam bukan sahaja memastikan pengguna tidak meninggalkan platform mereka – tetapi turut mempertingkatkan pendapatan melalui perkhidmatan Facebook. Sebelum ini, ia diperkatakan Facebook kini turut melihat kepada kaca televisyen dalam menawarkan perkhidmatan mereka.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jzLUYY

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.