Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Rugi RM9.2 Bilion Akibat Kemalangan Jalan Raya Sepanjang Tahun Lalu, Lebih Tinggi Dari 2015 – Liow - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Rugi RM9.2 Bilion Akibat Kemalangan Jalan Raya Sepanjang Tahun Lalu, Lebih Tinggi Dari 2015 – Liow

Selain korban nyawa dan kecederaan individu, kemalangan jalan turut melibatkan kos kewangan yang bukan kepalang; tahun lalu sahaja Malaysia kerugian kira-kira RM9.2 bilion kerananya, menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Kami memandang serius perkara ini. Malaysia perlu pupuk budaya keselamatan, tidak hanya di kilang-kilang tetapi lebih penting, ketika di atas jalan raya,” ujar Liow di dalam satu wawancara radio, seperti dilaporkan The Star.

Berdasarkan laporan terkini Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), beliau menyatakan angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak RM581.3 juta berbanding tahun 2015.

Miros menganggarkan nyawa yang terkorban dalam kemalangan menyumbang kerugian sebanyak RM1.2 juta kepada negara, RM120,000 bagi kecederan parah manakala RM12,000 bagi kecederaan ringan dalam bentuk kos rawatan, kehilangan produktiviti serta tanggungan lain yang berkaitan.

Tahun lalu, sebanyak 7,152 nyawa terkorban di jalan raya, di dalam 521,466 kemalangan yang dilaporkan. Kadar kematian akibat kemalangan juga meningkat sebanyak 2.59 orang bagi setiap 10,000 kenderaan yang didaftarkan tahun lalu, berbanding 2.55 orang pada 2015.

Liow turut menambah, kementeriannya sedang mempertimbangkan untuk melantik Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi menjalankan kajian mendalam untuk memperbaiki aspek keselamatan jalan raya di Malaysia.

Tahun lalu, JICA menjalankan kajian di tiga negara Asean; Myanmar, Malaysia dan Thailand. Daripada pemerhatian itu, Malaysia mencatatkan jumlah kemalangan trafik tertinggi bagi setiap kenderaan yang dimiliki, kemungkinan besar disebabkan oleh jumlah motosikal yang banyak di negara ini.

Menjelang 2020, Liow berharap kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan kepada 2 orang bagi setiap 100,000 kenderaan yang didaftarkan.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.