Viber Ingin Menyertakan Fungsi E-Dagang Dan Perbankan Terus Dalam Aplikasi Mereka
Viber merupakan salah satu perkhidmatan permesejan – yang dulunya lebih popular dikalangan pengguna disebabkan fungsi panggilan suaranya. Terkini, dengan persaingan sengit daripada WhatsApp, dan Facebook Messenger, pihak Viber turut tidak ingin ketinggalan.
CEO Viber, Djmael Agaoua, kini merancang untuk memperkenalkan versi baru aplikasi mereka pada bulan hadapan, Mac, yang mana akan berfungsi lebih sebagai sebuah platform berbanding hanya sebuah aplikasi permesejan sahaja pada masa kini. Antara fungsi yang dijangka akan diintegrasikan adalah termasuk ciri-ciri e-dagang dan juga perbankan.
Pengguna dikatakan boleh membuka tetingkap sembang dengan rakan, membuat carian restoran, membuat tempahan dan sebagainya tanpa perlu meninggalkan aplikasi Viber. Pembayaran melaluinya turut dirancang, tetapi tidak akan hadir pada versi awal pengenalannya.
“Keutamaan saya buat masa ini adalah meningkatkan angka pengguna Viber, dan membolehkan ia digunakan oleh semua pengguna dan berinteraksi melaluinya secara bebas.” kata Agaoua. “Seterusnya, keutamaan saya adalah sekuriti dan privasi, dan mengubah Viber menjadi sebuah platform – supaya perkhidmatan seperti Rakuten boleh ditawarkan kepada pengguna Viber.”.
Untuk makluman, sebelum ini Rakuten telah mengambil-alih Viber. Rakuten merupakan salah satu gergasi e-dagang dari Jepun yang sangat popular di sana.
Daripada data SimilarWeb, Viber dikatakan merupakan perkhidmatan permesejan yang popular di lapan negara, sementara Facebook Messenger di 53 buah negara. WhatsApp merupakan perkhidmatan paling popular, meliputi lebih 96 buah negara.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jAF2dO
Post a Comment