Resident Evil 7 PC Berjaya Dicetak Rompak Walaupun Menggunakan Sistem Denuvo
Sistem anti cetak rompak Denuvo pernah diberikan gelaran sebagai sistem yang tidak boleh dipintas. Beberapa kumpulan pencetak rompak meramalkan mereka akan pupus menjelang 2018. Sungguhpun begitu terdapat pakar godam yang akhirnya berjaya mengalahkan sistem Denuvo pada bulan Ogos 2016. Permainan Rise of The Tomb Raider versi cetak rompak muncul lima bulan selepas tarikh pelancarannya di PC.
Resident Evil 7 untuk PC menggunakan sistem ini berjaya dipintas dalam masa hanya lima hari. Ini menjadikannya permainan Denuvo yang terpantas berjaya dicetak rompak dan dikongsi di laman torrent secara meluas. Jelas sekali tidak wujud istilah sistem yang tidak boleh dipintas. Pasti ada insan yang bekerja keras untuk mengalahkan sistem yang terkini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jyG6Pr
Post a Comment