Hi! Welcome Back and Stay Tune! Portal Cancerfly Dilancarkan Bagi Membantu Pesakit Kanser Malaysia Mencari Pekerjaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Portal Cancerfly Dilancarkan Bagi Membantu Pesakit Kanser Malaysia Mencari Pekerjaan

Penyakit kanser ialah penyakit yang boleh membawa maut. Kos rawatan yang tinggi menyebabkan ramai pesakit terpaksa bergolok gadai untuk terus hidup. Terdapat ramai juga kenalan yang meninggal dunia selepas mendapat “rawatan tradisional” yang lebih mampu milik tetapi langsung tidak berkesan. Kehilangan sumber pendapatan ketika rawatan menambahkan lagi beban sara hidup pesakit dan keluarga.

Menyedari masalah ini, Jabatan Radioterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur melancarkan portal Cancerfly.com untuk pesakit kanser. Pengasas Cancerfly, Dr M. Sri Ganesh berkata 48% pesakit mengalami masalah kewangan selepas mendapatkan rawatan. Bagi memudahkan mereka berdikari laman dilancarkan bagi menjadi tempat mereka menjual produk, menawarkan perkhidmatan dan mencari peluang pekerjaan. Laman ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam pada 20 Februari ini.

Layari portal pesakit kanser www.Cancerfly.com






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kkppnT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.