Hi! Welcome Back and Stay Tune! Caj Rawatan Hospital Meningkat, 3 Langkah Yang Perlu Kita Lakukan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Caj Rawatan Hospital Meningkat, 3 Langkah Yang Perlu Kita Lakukan

Selain harga minyak yang naik, hari ini caj rawatan di hospital turut naik.

Terdapat kenaikan sehingga satu kali ganda daripada sebelum ini. Kenaikan ketara ini dilihat dengan jelas bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua di perkhidmatan kesihatan awam. Walaupun kelihatan kecil ia memberi signal yang polisi kesihatan negara mungkin berubah ke arah rawatan berbayar berbanding subsidi.

Caj rawatan hospital bukan satu jumlah yang murah dan boleh kita tutup sebelah mata. Ia semakin mahal apabila penyakit semakin serius dan memerlukan prosedur yang memerlukan kepakaran.

Semasa Uwais ditempatkan di NICU, bil penuh sebelum discaj ke GMC adalah sebanyak RM8 ribu. Alhamdulillah, kami masuk dengan GL.

Bagi pesakit kanak-kanak pula, kos maksimum perlu bayar adalah RM500 berdasarkan kes Siraj tempoh hari. Ia jumlah besar jika kita bergaji RM900/bulan.

Polisi ini mungkin berubah lagi.

1. Jaga kesihatan.

Uwais, lahir 20/9/16, pulang ke sana 27/10/16, 37 hari di sisi kami.

Terdapat beberapa penyakit yang boleh dielakkan dengan menjaga kesihatan kita. Kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi adalah penyakit yang diperoleh disebabkan oleh gaya hidup.

Makan makanan yang sihat. Jauhi makanan terproses yang kaya dengan transfat, tinggi gula dan garam, dipenuhi pewarna tiruan dan perasa tiruan.

Amalkan berpuasa. Sunnah itu pastinya ada penawar.

Berhenti merokok! Berhenti!

Kekal aktif. Bersukan, kerap berjalan, beriadah akan mengeluarkan hormon gembira. Hormon gembira membuatkan kita gembira dan menyebabkan kolesterol baik meningkat.

2. Beli insurans.

Gambar ini.. bikin saya rindu.

Carilah yang sesuai dengan poket kita.

“10 tahun dah bayar, tak pernah guna lagi.”

Maknanya Allah berikan kita kesihatan. Kalau guna tu maknanya kita tak sihat.

Ada beberapa polisi murah. Semakin berusia, ada penyakit dan risiko pelbagai seperti obesiti dan merokok pasti menyebabkan bayaran insurans mahal.

Saya beli insurans sendiri semasa saya bekerja di hospital swasta. Pada mulanya, tak mau beli sebab dah kerja hospital, kan? Kena pula dapat full coverage. Sekali, hospital kami dibeli oleh pengurusan lain. Polisi bertukar dan coverage ada had.

Masa tu terus beli insurans. Tak semua kes akan dilindungi oleh insurans. Namun begitu melihatkan polisi awam berubah, kita mungkin perlu bersedia.

Jika tidak pun, adalah juga sedikit bekal untuk anak-anak jika Ummi pergi dulu.

Takdelah kacau Abi dan bini barunya. Hahaha. Oi, ni pun kena fikir juga tau.

3. Simpanan.

Ini kami berlima, terakhir sekali.

Inilah yang kami rasa semasa Uwais dahulu. Lambat memohon insurans pula semasa mengandung. Allah hadirkan Uwais. Semua wang pula ada dalam bentuk aset susah cair.

Namun melihat bagaimana jangkaan kos dari RM40K menjadi RM90K dalam masa beberapa hari memang menakutkan.

Hikmahnya begitulah, tertubuhnya Pertubuhan Kebajikan Sahabat Uwais, tempat kita ramai-ramai cari pahala.

This, Allah has planned earlier.

Akhirnya begitulah, selepas berusaha Allah jualah yang menentukan segalanya. Kerja kita usaha, kerja nak bagi sakit dan sembuh itu semuanya Allah jua.

Berkuatlah sahabat-sahabat di perkhidmatan yang cuba menerangkan kepada khalayak akan caj-caj ini. Ganbate!

Sahabat Uwais adalah satu pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan oleh Sayuti Wan Chik dan Lily Moha dan sahabat-sahabat, setelah kehilangan cahaya mata kesayangan mereka, Uwais, akibat komplikasi jantung. Ianya ditubuhkan bagi membantu bayi-bayi lain yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan akibat komplikasi kesihatan.

Ikuti artikel ‘Pernah Kehilangan Anak Sendiri, Dorong Lelaki Ini Bantu Bayi Lain‘ untuk mengetahui lebih lanjut.

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.