Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Sedang Membangunkan Cip ARM Untuk Mac Bagi Menjalankan Tugasan Berkuasa Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Sedang Membangunkan Cip ARM Untuk Mac Bagi Menjalankan Tugasan Berkuasa Rendah

Apple kini dikatakan sedang merekabentuk cip baru untuk komputer riba akan datang, yang mana akan mengambil sedikit tugasan yang kini dikendalikan oleh pemprosesan Intel.

Seperti pada Macbook sebelum ini, ia akan dibangunkan menggunakan teknologi ARM. dan dioptimasikan untuk beroperasi bersama cip Intel yang menguasakan komputer riba berkenaan. Apple menggunakan cip berasaskan ARM pada Macbook yang lepas, dikenali dengan nama T1. Ia menjana TouchBar pada MacBook, selain beberapa ciri-ciri sekuriti seperti untuk fungsi biometrik melalui pengimbas cap jari.

Para jurutera Apple dikatakan sedang merancang untuk menggunakan cip ARM baru ini untuk mengendalikan lebih tugasan, termasuk fungsi Power Nap. Ia akan membolehkan komputer riba Mac untuk terus menerima emel, memasang perisian, mengemaskini kalendar dengan temujanji – ketika dalam mod tidak digunakan, dan skrin dimatikan. Dengan peralihan ke cip ARM, ia akan menjimatkan lagi tenaga yang digunakan komputer riba Mac berbanding pada hari ini.

Jikalau mengikut perancangan masa panjang, Apple mungkin membangunkan cip yang lebih berkuasa tinggi untuk digunakan pada komputer riba mereka, dan tidak lagi bergantung kepada cip Intel untuk Mac. Buat masa kini, Apple menggunakan cip siri-A tersendiri pada iPhone dan iPad sejak 2010 lepas, dan boleh dikatakan perniagaan cip mereka merupakan salah satu pelaburan yang amat berbaloi sehingga kini.

Selain itu, pembangunan cip Apple tersendiri akan membolehkan mereka mengintegrasikan keupayaan perkakasan dan perisian dengan lebih baik – salah satu perkara yang sedia mereka perlihatkan melalui iPhone dan iPad. Walaubagaimanapun, buat masa ini, Apple dikatakan masih tiada perancangan untuk meninggalkan penggunaan cip Intel dalam waktu terdekat.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jzBHLS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.