Berkahwin sewaktu masih lagi dalam tempoh pembelajaran bukanlah satu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipertimbangkan buat lelaki, mahu pun wanita. Kedua-duanya harus bijak dalam membahagikan masa untuk keluarga dan pengajian, termasuk kelas, juga aktiviti kuliah.
Bukan itu sahaja, komitmen-komitmen yang ada juga perlu difikirkan sedalam mungkin, tidak hanya perlu fokus pada pengajian, tetapi bagaimana menjaga perhubungan suami isteri supaya tidak terjejas dengan kesibukan belajar.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh mereka yang berkahwin di usia mudah, khususnya sewaktu masih lagi belajar di peringkat universiti, dan menurut perkongsian dari saudara Rahim Sabri, ia bukanlah satu tugas yang mudah, malah penuh dengan cabaran.
Thank you my dear wife for endless love, prayers and encouragement throughout my study. Million thanks also to my beloved parents, siblings, friends and all people that support and motivate me during this undergradute study. Without you all, I don’t think I can grab this degree. Thanks again..
*Insyallah, bulan depan terima sijil gak. Sijil lahir anak..
“Bro, nak tanya ni. Kahwin masa belajar ‘challenging’ tak? Tak susah ke?”
Hmm.. Macam mana ea nak cakap? Cabaran tu tetap ada. Nak kata senang tu, tak juga. Cuma, beberapa persediaan perlu buat bila nak ‘jump’ ke alam perkahwinan waktu muda.
“Apa persediaan tu?”
Uish, gelojohnya nak tahu. Haha.
1. ‘Mindset’
Pertama, MINDSET kena betulkan dulu. Mak pesan, “Kalau nak kahwin, buat cara nak kahwin.” Pemikiran dah kena setting ke arah itu. Nak minta restu ibu bapa pun akan jadi mudah.
“Senarai apa ni?” tanya adikku. Owh, yang ni senarai harga barang2 baby yang kami beli. Barang2 baby macam baju, bengkung, alat mandi dan pampers tak murah.Jadi kitorang survey dulu setiap barang baby yang nak di beli. Nasib di area Wangsa Maju ada banyak kedai2 untuk golongan ibu dan anak seperti Manjaku, One Baby World dan Fabulous Mom. Kitorang bandingkan harga antara kedai2 ni pastu baru beli. Baru jimat bajet.
2. Komitmen
Kedua, KOMITMEN. Apabila berkahwin waktu belajar, komitmen kita akan bertambah. Belajar, keluarga, kahwin, bisnes/kerja dan aktiviti kelab dan persatuan. Kena susun ‘priority’ betul-betul.
Apabila komitmen bertambah, pengurusan masa kena betul. Aktiviti ‘enjoy’ dan melepak perlu dikorbankan. Kena ingat bahawa kita kena cari duit untuk kahwin. Jadi waktu bila yang sesuai? Waktu kita free lah kan? Dah tu, macam mana nak cari duit kalau kita pergi melepak atau main DOTA?
Ala, kena perli sebab tak lepak dengan kawan tu perkara biasa. Senyum. Wat lek wat peace je. Nanti masa dorang nak kahwin, dorang faham lah. Ini kisah benar!
Ketiga, ILMU. Tiga ilmu ni tidak diajar di universiti; Ilmu pengurusan kewangan, ilmu rumah tangga dan ilmu keibu bapaan. Mahu atau tidak, kena cari sendiri ilmu ni. Banyak kelas dan seminar dianjurkan di luar sana. Cari masa dan pergi belajar.
Mata dah serupa panda di kala bertungkus lumus menyiapkan Field Development Project ni. Datang si isteri menawarkan perkhidmatan spa facial. Sorry FDP, aku tewas!! hahaha..
4. Pengurusan Emosi
Keempat, PENGURUSAN EMOSI. Kita berdarah muda, cepat panas. Jadi, kita kena tahu adjust ‘suhu’ tu. Ketika marah, kita akan berfikir secara tidak rasional. Hati-hati untuk berkata-kata ketika itu!
Kelima, banyakkan BERDOA agar dipermudahkan segala urusan. Semua persediaan tadi bergantung kepada kita. Kita perlu usaha untuk buat sehabis baik. Urusan yang lain kita serahkan kepada Yang Esa.
p/s: cerita atas dasar pengalaman.
Ijab Kabul pada umur 21 tahun.
Pemegang Ijazah Kejuruteraan Petroleum.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment