Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wenger Belum Sedia Tinggalkan Arsenal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wenger Belum Sedia Tinggalkan Arsenal

LONDON: Arsene Wenger menegaskan dia masih belum bersedia menamatkan ‘penguasaan panjangnya’ di Arsenal biarpun Ian Wright mendakwa pengurus The Gunners itu dalam perjalanan untuk meninggalkan kelab itu.

Masa depan Wenger kini menjadi persoalan susulan kekalahan di tangan Watford dan Chelsea yang menyaksikan pintu buat kelab itu bagi merangkul gelaran liga sudah tertutup.

Bagaimanapun, anak buah Wenger kembali menemui rentak kemenangan dengan Alexis Sanchez meledak dua gol bagi menewaskan Hull City di laman sendiri, malam tadi.

Selepas tamat perlawanan, pengendali dari Perancis itu diajukan soalan mengenai masa depannya dengan kontraknya bersama Arsenal akan tamat pada hujung musim ini.

Bekas penyerang Arsenal, Ian Wright mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pengendali berusia 67 tahun itu memaklumkan kepada dirinya yang dia semakin hampir menamatkan tempoh 20 tahun sebagai pengurus The Gunners.

“Saya bersama bos malam tadi, dan jika saya mahu bersikap jujur, saya mendapat reaksi itu…itu saja,” kata Wright kepada radio BBC 5 secara langsung.

Bagaimanapun, Wenger menjawab dakwaan itu apabila menegaskan berlakunya salah faham dalam perbualaan mereka dengan dia menjelaskan keletihannya adalah disebabkan komitmen kerja.

Ditanya adakah dia ada memberikan Wright reaksi untuk meninggalkan Arsenal, Wenger menjawab: “Tidak…tidak. Mark (Gonnella, Pengarah Komunikasi Arsenal) ada bersama saya ketika itu.

“Ia adalah sesi soal jawab. Saya mungkin letih kerana saya bangun awal pagi dan tamat kerja lewat malam, jadi saya penat. Namun, saya tidak memberi sebarang petunjuk mengenai masa depan saya.

“Ada ramai orang di sana. Kami (dia dan Wright) ada makan malam sebelum itu tetapi bukan kami berdua saja. Ada empat atau lima,” kata Wenger.

Ditanya sama ada Wright salah tafsir komennya: “Ya, kamu semua tahu saya sangat hargai apabila kamu mahu saya berehat. Namun, saya belum bersedia untuk itu,” katanya.

Jika Arsenal tidak menang perlawanan dengan Hull, ia pasti memberi tekanan lagi kepada Wenger.

Biarpun tidak beraksi pada tahap prestasi terbaik, namun Wenger tetap berpuas hati dengan kemenangan itu yang disifatkan motivasi menjelang pertembungan dengan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Khamis ini. – AFP





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.