TMJ Percaya Mat Tere Tak Bersalah, Titah Pemuda Itu Dibebaskan
Johor, 12 Feb – Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini bertitah untuk membebaskan Mat Tere dan reman terhadap pemuda itu ditamatkan.
Menurut laman Facebook Johor Southern Tiger, TMJ hadir ke IPK Johor untuk memberi titah membebaskan Mat Tere yang sepatutnya dilanjutkan tahanan reman dan mahu pemuda tersebut dihantar pulang ke Kelantan.
“Baginda percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.
“Baginda mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan individu yang ada niat untuk memecahbelahkan rakyat.” tulis kenyataan itu.
Sebelum ini, Mat Tere telah ditahan di Kota Bharu kerana disyaki terlibat dalam satu video yang menghina TMJ.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment