Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahasmi Tabik Barisan TRW - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahasmi Tabik Barisan TRW

ZAHASMI Ismail. – Foto Syamsi Suhaimi

MARAN: Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail menghambur pujian kepada barisannya selepas mengekalkan rekod bersih dengan menewaskan FELDA United 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, dekat sini malam tadi.

Menurutnya, dia amat berbangga dengan komitmen pemainnya yang tidak terjejas sekalipun The Red Warriors (TRW) dihambat pelbagai isu seperti penajaan yang hampir menyebabkan mereka tidak dapat beraksi dalam Liga Super 2017.

Katanya, lebih membanggakan dua kemenangan berturut-turut itu direkodkan di gelanggang lawan dengan yang pertama di Stadium Shah Alam ketika menewaskan PKNS FC 3-1.

“Walaupun kita hanya bermain untuk kali kedua (disebabkan penundaaan perlawanan menentang Melaka United dan Johor Darul Ta’zim) berbanding dengan FELDA United yang sudah bermain empat kali, namun pemain saya berjaya mengekalkan rentak mereka.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan ia memberi semangat untuk kita menghadapi musim ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, penyerang dari Lubnan, Mohamad Ghaddar muncul wira Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 yang juga jaringan ketiga peribadinya selepas menyumbat dua gol ketika menentang PKNS FC.

Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-33 sebelum Zah Rahan Krangar menyamakan kedudukan pada minit ke-45 dalam aksi dihadapan kira-kira 10,000 penonton itu.

Zahasmi juga mengesahkan ketua pasukan TRW, Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih mesra dipanggil Piya tidak mengalami kecederaan serius walaupun terpaksa dibawa keluar pada hujung separuh masa dan digantikan Mohd Norhafiz Zamani Misbah.

Sementara itu, jurulatih sementara FELDA United, Mohamad Nik, tetap gembira dengan prestasi anak buahnya, apatah lagi, dia hanya mempunyai dua hari membuat persediaan selepas ketua jurulatih, Azmi Mohamed meletak jawatan, Selasa lalu.

“Saya hanya mempunyai dua hari untuk menerapkan acuan permainan yang saya mahukan dengan menggunakan pemain yang ditinggalkan ketua jurulatih sebelum ini,” katanya.

Katanya, dia yakin barisan anak buahnya mampu bangkit apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tun Abdul Razak, Selasa ini.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.