Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rachmat Belum Puas Hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rachmat Belum Puas Hati

PEMAIN Melaka United, Surendran Ravindran (kiri) diasak pemain T-Team FC, Mohamad Ariffadzilah Abu Bakar (kanan) ketika saingan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat, Krubong, malam tadi. – Foto Khairunisah Lokman

MELAKA: Jurulatih T-Team, Rachmat Darmawan masih tidak berpuas hati dengan corak permainan skuad kendaliannya walaupun menjinakkan Melaka United (MU) 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Menurutnya, corak permainan The Titans masih belum mencapai tahap yang diingininya berbanding persembahan pada aksi pramusim, namun yakin anak buahnya mampu memperaga aksi lebih kemas selepas ini.

“Apa yang penting mereka menunjukkan motivasi yang sangat tinggi dan berjaya menyumbat dua gol pada awal babak pertama.

“Pada keseluruhan, MU memiliki lebih banyak peluang tetapi gagal memanfaatkannya,” katanya.

Menurutnya, dia menerapkan strategi berbeza dengan meletakkan tiga pertahanan pada babak pertama selepas menjangkakan MU menurunkan dua penyerang iaitu Amri Yahyah dan Ilija Spasojevic.

“Bagaimanapun, ramalan saya meleset apabila tuan rumah hanya membariskan Spasojevic di jentera depan,” katanya.

Dalam aksi berkenaan, pemain import dari Mali, Mahamadou Samassa membuka tirai jaringan buat T-Team seawal minit kelima sebelum Farhod Tadjiev mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke-15.

Pemain import MU dari Korea Selatan, Jeon Woo Young merapatkan jurang buat tuan rumah pada minit ke-48 tetapi usaha skuad Hang Tuah untuk mencari gol penyamaan pada baki permainan tidak berhasil.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.