Lelaki Ini Bina Pagar Berduri & Catapult Di Laman Rumah Untuk Hindari Bekas Isteri
Kerana terlalu bersifat defensif, seorang lelaki menukarkan halaman rumahnya kepada ‘benteng pertahanan’ bagi menjauhkan bekas isteri dari hartanya.
Lelaki yang dikenali sebagai Tony itu membina pagar kayu di sekeliling rumahnya yang dipasang dengan duri.
Malah, ada beberapa bahagian pagar itu dipasang dengan ketinggian 10 kaki.
Menurut The Sun, Tony berkata dia tidak menyesal membina ‘sistem pertahanan’ itu dua bulan yang lalu.
Dia memberitahu A Current Affair: “Tak kira apa yang anda lakukan, wanita (bekas isteri) ini tidak akan berubah”
“Saya akan berusaha hingga ke titisan peluh terakhir untuk mempertahankan hak saya”
“Kamu berjuang untuk melawan musuh yang datang untuk mengambil harta kamu tanpa membayar satu sen pun.
“Selamat berjaya untuk masuk ke dalam, perempuan” kata Tony.
Tony membina benteng itu berinspirasikan sejarah – termasuk kubu pertahanan Roman dan Perang Dunia Pertama.
Dan jika istananya ‘diserang’, Tony juga mempunyai sistem catapult yang mampu membaling batu sebesar bola bowling kepada penceroboh.
Sumber: The Sun
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment