Mata, Martial Lonjak Man United
PEMAIN Manchester United, Juan Mata (gambar kecil) dan Anthony Martial masing-masing meledak satu gol bagi memastikan pasukan mereka mencatat kemenangan 2-0 ke atas Watford di Old Trafford, malam tadi. – Foto EPA/AP
LONDON: Gol sumbangan Juan Mata dan Anthony Martial pada kedua-dua babak perlawanan memastikan Manchester United mencatat kemenangan 2-0 ke atas Watford di Old Trafford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Kejayaan mengutip tiga mata penuh itu turut meneruskan rentak baik skuad bimbingan Jose Mourinho untuk mengharungi 16 perlawanan EPL tanpa kalah.
Selepas melakukan umpanan untuk jaringan pembukaan United pada minit ke-32 yang disempurnakan Mata, Martial meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-60.
Ia adalah gol ketiga pemain kelahiran Perancis itu dalam liga musim ini di mana peluangnya tampak terhad dengan Mourinho sebelum ini menggesanya untuk mempamer peningkatan bagi bersaing merebut tempat di dalam pasukan.
Sejak bergelar penjaring terbanyak United pada musim pertamanya, peluang Martian dihadkan dengan kelibat Marcus Rashford, Juan Mata, Henrikh Mkhitaryan, Jesse Lingard dan Ashley Young.
Kemenangan mengekalkan kedudukan United untuk terus menghambat kedudukan empat teratas liga dengan ketika Watford tumbang selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan Arsenal.
Sementara itu di Riverside Stadium, Middlesbrough mengikat Everton 0-0 dengan Stoke City menewaskan Crystal Palace 1-0 menerusi jaringan tunggal Joe Allen pada minit ke-67.
Dua gol daripada Manolo Gabbiadini pada babak pertama dalam pada itu membantu Southampton mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Sunderland.
Beraksi di laman lawan, Stadium of Light, Southampton membuka tirai jaringan pada minit ke-30 sebelum Gabbiadini meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-45 diikuti gol sendiri pada minit Jason Denayer (m88) sebelum Shane Long melengkapkan jumlah jaringan pada minit ke-90.
Di Stadium of London, West Ham terpaksa berpuas hati selepas diikat West Bromwich Albion 2-2.
Ketinggalan seawal minit keenam menerusi jaringan Nacer Chadli, West Ham kemudian menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi Sofiane Feghouli pada minit ke-63 sebelum mendahului empat minit sebelum permainan berakhir berpunca gol Manuel Lanzini.
Begitupun, West Brom enggan mengalah dan berjaya mengutip satu mata apabila Gareth McAuley menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan. – Agensi
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment