Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Pemancing Bertempiaran Lari Koperal PGA Tiba-Tiba Lepaskan Tembakan Rambang Guna M16 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Pemancing Bertempiaran Lari Koperal PGA Tiba-Tiba Lepaskan Tembakan Rambang Guna M16

PADANG BESAR, 12 Feb: Koperal Pasukan Gerakan Am (PGA) melepaskan tembakan rambang di sekurang-kurangnya di empat lokasi dekat pintu sempadan Malaysia-Thailand, di sini.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, koperal PGA itu dikatakan menggunakan senjata jenis M16.
Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kematian.
Difahamkan, suspek yang berusia 30-an itu tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ketika sedang melakukan rutin tugasan rondaan di pos kawalan pertama.
Dia kemudian bermotosikal meninggalkan kawasan pos kawalan pertama. Masuk ke kawasan kebun getah, kira-kira 800 meter dari lokasi pos kawalan pertama dan sekali lagi melepaskan tembak rambang.
Kira-kira lima minit kemudian, dia menuju pula ke kawasan pos kawalan kedua dan tembak pula ke arah tiang lampu.
Apa  yang lebih mengejutkan, koperal itu kemudian bergerak ke kawasan kolam dekat Stesen Kereta Api Padang Besar dan melepaskan tembakan secara rambang di kawasan tersebut. Ketika itu ada dua orang awam sedang memancing di kawasan berkenaan.
Selepas itu, dia bermotosikal lagi ke kawasan kolam dekat Stesen Kereta Api Padang Besar. Tempat itu tak jauh dari kawasan kawalan keselamatan kedua.
Ketika itu, terdapat dua orang awam sedang memancing. Dia mengacukan senjatanya kepada mereka dan melepaskan tembakan secara rambang.
Kedua-dua pemancing berkenaan bertempiaran lari dari kawasan itu,” kata sumber-sumber itu.
Menurutnya, koperal PGA itu kemjudian meninggalkan kawasan kolam itu dan kembali semula ke kawasan pos kawalan pertama.
Dia tembak rambak ke arah bangunan pos kawalan, tingkap, tiang bendera dan lantai di pos. Anggota di dalam pos kawalan terpaksa lari menyelamatkan diri.
Koperal itu hanya berhenti menembak selepas senjatanya kehabisan peluru. Polis kepong lokasi kejadian koperal itu ditahan.
“Polis turut merampas M16 dan Yamaha Nouvo LC yang digunakan dalam kejadian berkenaan,” katanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Ghazani Abd Ghani, siasatan awal mendapati suspek berada dalam pengaruh dadah jenis syabu ketika melepaskan tembakan.
Suspek akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.




Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.