Hi! Welcome Back and Stay Tune! Trak ATM Bawa Sembilan Anggota Terbabas Ke Dalam Gaung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Trak ATM Bawa Sembilan Anggota Terbabas Ke Dalam Gaung

KUNAK: Trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa sembilan anggota terbabas ke dalam gaung di Ladang Sabahan di Kilometer 34 Jalan Kunak-Lahad Datu dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M Nasir kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari membawa enam lelaki dan tiga wanita itu turut menyebabkan enam daripadanya cedera.

“Namun kecederaan enam anggota ini masih belum dapat dipastikan yang kini mendapatkan rawatan di Hospital Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan berkata terdapat empat mangsa cedera parah termasuk seorang lelaki manakala dua lagi mengalami cedera ringan dan telah dibawa Hospital Lahad Datu menggunakan jentera pasukan Kecemasan, Perubatan, Tindak Balas dan Perkhidmatan (EMRS) dan dua ambulans Hospital Kunak.

Menurut kenyataan itu, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira 1.43 tengah hari dan tiba ke lokasi kira-kira 2.24 petang selepas melalui jarak 40 kilometer ke tempat kejadian.

–BERNAMA





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.