Hi! Welcome Back and Stay Tune! Model Baru IPhone 2017 Dilengkapi Dengan Pengecasan Tanpa Wayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Model Baru IPhone 2017 Dilengkapi Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

Khabar angin mengenai Apple bakal melancarkan tiga buah model baru tahun ini semakin bertiup kencang. Ia ditambah pula dengan kenyataan dari penganalisa sekuriti KGI, Ming-Chi Kuo, kesemua model baru tersebut bakal dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Kuo memberitahu, pengecasan tanpa wayar akan menyebabkan suhu dalaman telefon meningkat, jadi ia mungkin berkait rapat dengan desas-desus yang menyatakan iPhone 8 akan menggunakan skrin paparan OLED dan casing yang diperbuat dari kaca untuk menghalang peranti daripada rosak kerana terlalu panas.

Selain itu, dikhabarkan juga iPhone 8 akan dipasarkan dengan harga yang lebih mahal berbanding model-model sebelum ini kerana ia sebuah telefon yang dihasilkan dari komponen-komponen premium. Terdahulu, Kuo pernah memberi kenyataan bahawa Apple akan mereka bentuk kesemua keluaran baru dengan casing yang diperbuat sepenuhya daripada kaca termasuklah model iPhone 7s dengan skrin paparan 4.7 inci dan iPhone 7s Plus dengan skrin paparan 5.5 inci, untuk membolehkan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Masih belum dapat dipastikan lagi sama ada Apple akan menggunakan teknologi berasaskan jarak jauh atau teknologi induktif bagi fungsi pengecasan tanpa wayar mereka.

inductivechargingpatent

Imej paten pengecasan induktif (Kredit gambar: Mac Rumors)

Imej paten pengecasan induktif (Kredit gambar: Mac Rumors)

Imej paten pengecasan induktif (Kredit gambar: Mac Rumors)

Sumber:Mac Rumors





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.