Aliff mudah capai serasi
Mengetengahkan genre psiko thriller, drama bersiri 30 episod Di Sebalik Wajah terbitan Filmscape Sdn Bhd menjanjikan kelainan dan dijangka memenuhi selera pencinta drama tempatan.
Drama arahan Patrick Lim ini menampilkan gandingan mantap Diana Danielle, Aliff Aziz dan Hefny Sahad selaku teraju utama.
Ia turut menampilkan barisan pelakon berbakat iaitu Marissa Yasmin, Zarina Zainoordin, Haeriyanto Hassan dan Anwar Khan.
Aliff berkata, dia berusaha memberikan yang terbaik bagi menjiwai watak Amir Hisyam, pewaris syarikat hartanah terkemuka.
“Saya dan Diana tiada masalah mendapatkan keserasian sebagai pasangan suami isteri dalam cerita ini meskipun pertama kali digandingkan.
“Saya melakonkan watak Amir Hisyam, suami kepada Nadia Sabrina lakonan Diana yang keliru dengan identiti dirinya selepas pulih dari koma. Nadia hilang ingatan akibat kemalangan ngeri.
“Pada mulanya saya berasa gementar apabila dimaklumkan bakal bergandingan dengan Diana. Syukur, dia pelakon yang sangat profesional di lokasi malah kami saling membantu. Hubungan kami juga rapat persis keluarga besar di lokasi penggambaran cerita ini,” katanya.
Ditanya kerjasama dengan Patrick pula, kata Aliff, pengarah itu sangat teliti ketika bekerja.
“Saya juga baru kali pertama bekerjasama dengannya. Walaupun ini drama Melayu pertama Patrick, dia berpengalaman luas dalam pembikinan video korporat dan iklan.
“Patrick tahu apa yang dimahukannya dan pada masa sama membimbing pelakon menjiwai karakter masing-masing,” katanya.
Aliff ditemui pada majlis pratonton eksklusif episod pertama drama Di Sebalik Wajah yang berlangsung di e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Kandungan Tempatan, New Media, TM, Wan Rozita Aladad Khan.
Sementara itu, Patrick mengakui berminat menerima tawaran mengarah Di Sebalik Wajah kerana tertarik dengan genre psiko thriller.
“Cabaran saya adalah memastikan drama ini mendapat sentuhan berbeza. Saya juga menjanjikan kualiti drama ini seolah-olah anda menonton filem.
“Antara babak mencabar ialah ketika Nadia membuka balutan wajahnya selepas pulih daripada pembedahan.
“Selain itu, saya juga selitkan elemen komedi supaya penonton tidak bosan,” katanya.
Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan barisan pelakon pula, kata Patrick, semuanya memberikan komitmen terbaik.
“Saya berpuas hati dengan kesungguhan mereka. Masing-masing berjaya menjiwai karakter dengan bagus terutama Diana, Aliff dan Hefny,” katanya.
Drama bersiri Di Sebalik Wajah akan mula bersiaran di saluran Hypp Sensasi (Hypp TV) setiap Isnin dan Selasa jam 9 malam bermula 1 Mei ini.
The post Aliff mudah capai serasi appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qhlc66
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment