Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wajah Mohamad Thaqif Amin BERCAHAYA, BERSERI Serta LUAR BIASA - Bekas Mufti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wajah Mohamad Thaqif Amin BERCAHAYA, BERSERI Serta LUAR BIASA - Bekas Mufti


Datuk Nooh Gadut melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi (gambar) yang meninggal semalam sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa.

JOHOR BAHRU: Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal semalam sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa.

Beliau yang melawat jenazah pelajar tahfiz bersama beberapa pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail semalam, memuji kebesaran Allah serta fadhilat membaca Al-Quran sebagai amalan oleh pelajar berkenaan.

"Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Betullah seperti yang diperkatakan bahawa Al-Quran adalah cahaya. Cahaya bukan sahaja dalam tetapi terserlah di wajah Allahyarham.

"Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi. Itulah kelebihan (orang yang membaca Al-Quran)," kata Penasihat MAINJ itu kepada pemberita.
Beliau menghadiri majlis perasmian Multaqa Ulama'' Darul Takzim Ke-5 sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor 2017, di Persada Johor di sini hari ini.

Beliau turut kagum apabila diberitahu mengenai hasrat Allahyarham yang mahu menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Nooh juga terharu melihat dengan kesabaran ibu bapa Allahyarham Mohamad Thaqif Amin yang reda menerima ujian tersebut sebagai qada'' dan qadar daripada Allah.

Beliau turut menghargai keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap penderitaan pelajar tahfiz itu dan menghantar wakilnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menziarahi jenazah Allahyarham.

"Saya berharap kisah ini ada hikmah, ada rahsia yang akan dijadikan kesedaran semua pihak, pihak sekolah dan lain-lainnya," kata beliau.

Sehubungan itu, pihak JAIJ dijangka akan memanggil pengetua-pengetua tahfiz untuk satu pertemuan serta taklimat penyelarasan dalam jangka masa terdekat itu bagi melihat penambahbaikan pengurusan dan pendidikan tahfiz termasuk prosedur pengambilan pekerja di institusi tersebut.

"Semua pekerja kena pastikan tiada kes polis, tiada kesalahan yang boleh membawa kepada perkara seumpama ini," kata beliau.

Sumber: Astro Awani


Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oMkahv

✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.