Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penunggang motosikal maut dirempuh polis ketika aksi kejar mengejar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penunggang motosikal maut dirempuh polis ketika aksi kejar mengejar


Penunggang motosikal maut dirempuh polis ketika aksi kejar mengejarSELATAN CAROLINA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang Timbalan Sheriff, James Vansant, digantung tugas selepas menyebabkan kematian seorang penunggang motosikalnya semasa menjalankan tugas, lapor Daily Mail.

Rakaman video 'dashcam' menunjukkan kereta pegawai berkenaan melanggar motosikal yang ditunggang Robert Lee Clark Jr, 30, menyebabkan mangsa terbabas lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum badannya terhentak pada tiang lampu jalan. 


Penunggang motosikal maut dirempuh polis ketika aksi kejar mengejar


Mangsa yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar itu dilaporkan maut serta merta di tempat kejadian. 

Pejabat Sheriff mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa maut kerana tersilap menukar gear dan bagi mengukuhkan dakwaan itu, video aksi kejar mengejar itu dimuat naik ke laman YouTube. 

Menurut Pejabat Sheriff lagi, pelanggaran itu tidak disengajakan dan penunggang motosikal itu boleh dilihat menekan brek sebelum kemalangan itu berlaku. 
Pihak berkuasa juga turut menemui ganja pada mangsa selepas kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu, 19 April 2017. 

Vansant kini diarahkan bercuti sementara pihak berkuasa menyiasat kejadian itu. 

Robert Lee Clark Jr. maut di tempat kejadian | Foto - Daily Mail
Difahamkan, Vansant sebelum itu sedang mengawasi pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju dan ternampak motosikal mangsa yang ditunggang pada kelajuan 66 mph di zon 45 mph. 

Aksi kejar mengejar sejauh 8 kilometer itu menunjukkan mangsa menunggang dengan kelajuan maksimum 111mph. - The Reporter


Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oPt7rc

✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.