Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gangguan Bekalan Air Selama 5 Hari Di Petaling Dan Kuala Lumpur, 280 Kawasan Ini Terlibat. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gangguan Bekalan Air Selama 5 Hari Di Petaling Dan Kuala Lumpur, 280 Kawasan Ini Terlibat.


KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan, sebanyak 280 kawasan di sekitar Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami masalah bekalan air tidak berjadual ekoran paip utama di belakang bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat Sungai Buloh yang pecah, lapor Malaysia Digest. 

Akibat kejadian itu, injab sistem agihan bagi jajaran paip dari SSP1 dan SSP2 melalui Kolam Imbangan Matang Pagar terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaikpulih dapat dilakukan. 

Difahamkan, kerja-kerja membaikpulih sedang giat dilakukan dan dianggarkan siap dalam tempoh 48 jam serta bekalan air akan pulih secara berperingkat dalam tempoh tiga hari selepas kerja-kerja pembaikan itu siap dilakukan. 




"Pihak kami telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) dan mengambil tindakan perlu bagi menangani situasi itu. 

"Aset-aset serta bantuan lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan pengguna-pengguna kritikal, hospital dan lain-lain," kata kenyataan Syabas yang disiarkan di laman webnya hari ini.

Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak> Nama & Alamat).

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini. 

Sumber: The Reporter


Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9p7Tj

✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.