Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nazir mengaku terima wang RM21 Juta Dari Abangnya Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nazir mengaku terima wang RM21 Juta Dari Abangnya Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Tun Razak, abang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui menerima US$7 juta (RM21 juta nilai 2013) dan mengagihkannya kepada pemimpin UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. 


Nazir yang lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak kebelakangan ini termasuk terhadap abangnya itu dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) mengaku menerima dana tersebut daripada Najib.
Beliau walaubagaimanapun menafikan mengetahui asal-usul dana tersebut dan beranggapan Najib meraihnya daripada syarikat Malaysia serta individu tertentu bagi kegunaan pilihan raya.

"Saya tidak tahu dari dana itu datang dari sumber mana," kata Nazir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB.

"Keseluruhan dana tersebut dibayar secara tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan presiden parti, dan akaun tersebut ditutup dengan baki kosong," katanya lagi.Nazir dalam beberapa kenyataan serta tulisannya sebelum ini megkritik pentadbiran negara tidak mengamalkan akauntabiliti termasuk mengutuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diatas tuduhan skandal menggelapkan wang disamping mendesak ahli lembaga pengarahnya untuk meletakkan jawatan.

Pendedahan penglibatan Nazir dalam agihan dana politik nyata mengejutkan ekoran ianya bertentangan dengan kritikannya sebelum ini.Menerusi laman sosial instagramnya, beliau menyatakan kekesalan kerana melibatkan diri mengagihkan dana politik sebelum ini dan cuba meletakkan kesalahan kepada Najib.

"Fahami kemarahan dan perkara lepas yang saya harap tidak berlaku. Sebelum PRU13 saya diminta abang saya/ presiden parti untuk membantu menyerahkan wang tunai kepada jentera parti dengan segera.
"Saya menganggap dan percaya dalam keadaan baik, bahawa dana tersebut diraih menggunakan cara yang sah. Keseluruhan dana tersebut diagihkan dan tiada satu sen pun saya ambil," tulisnya di Instagram.
Percanggahan antara pandangan dan tingkah laku Nazir ini nyata membingungkan.

Laporan The Straits Times menemubual eksekutif kewangan yang mengikuti perkembangan politik Malaysia berkata, sebagai CEO bank besar, Nazir tidak seharusnya bertindak sedemikian ekoran ianya boleh merosakkan imejnya..

"Saya faham beliau mahu membantu (Najib), tetapi mengaku membantu meraih dana akan mengakibatkan pandangan beranggapan ianya datang dari pelanggan kerana semua orang besar dibandar merupakan pelanggan beliau. Ianya mendatangkan persoalan kewajaran. Meletakkan kedalam akaun peribadi anda juga dianggap cuai," kata eksekutif itu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oMt12r

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.