Peniaga Barang Antik Tuntut Ahmad Dhani Bayar Hutang RM328
Seorang peniaga di Pasar Antik Cikapundung, di Bandung menuntut penyanyi terkenal yang juga merupakan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani membayar hutangnya sebanyak 100juta rupiah (kira-kira RM328).
Peniaga yang dikenali sebagai Rully P-Project yang juga merupakan Ketua dari Persatuan Pedagang Barang Antik Cikapundung itu membuat tuntutan dengan memuat naik sebuah video di laman sosial, kelmarin.
“Hallo Assalamualaikum mas Ahmad Dhani, salam perjuangan. Tepat hari ini pada 23 April 2016 lalu kami merayakan satu tahun kunjungan mas Ahmad Dhani ke Pasar Barang Antik Cikapundung, Bandung untuk membeli barang,” tutur Rully.
“Kami berharap mas Dhani dalam keadaan sehat dan berdoa agar mas Dhani panjang umur. Sehingga mas Dhani bisa kembali datang ke sini untuk melunasi apa yang harus dilunasi, salam perjuangan,” sambungnya lagi.
Dhani memang dikenali mempunyai hobi mengumpul barang antik. Banyak patung, aksesori dan barang antik lain diletakkan di rumah.
Bagaimanapun sehingga kini, penghibur kontroversi itu masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut.
The post Peniaga Barang Antik Tuntut Ahmad Dhani Bayar Hutang RM328 appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pCM6Jk
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment