Novel Terbaru Di Kaki Novel Mei 2017 : Novel B.F.E (Best Father Ever), Novel Ti Amo, SweetHeart 100 Hari! & Novel Mencari Hilang
Sinopsis Novel B.F.E (Best Father Ever)
Selepas kematian isteri tercinta, hidup Zyne Aariz hanya tertumpu kepada Tiara Ameena, satu-satunya ‘harta’ yang ditinggalkan oleh arwah isteri buat dirinya. Tiaralah racun, Tiara jugalah penawarnya. Disebabkan jarak usia antara dia dan Tiara tidak begitu ketara, keakraban dan kemesraan mereka apabila berada di luar rumah sering kali disalahtafsirkan. Sekali pandang, tak nampak langsung seperti anak dan ayah. Tetapi… lebih kepada ‘skandal’!
Ini kisah ‘persahabatan’ antara seorang ayah dan anak perempuannya. Namun, kehidupan mereka dua beranak mula berubah dengan kehadiran Rania dan Fateh. Rania adalah wanita yang mula mendapat tempat di hati Zyne Aariz, manalah Fateh pula adalah lelaki pertama yang berjaya membuatkan Tiara mengenal erti cinta. Namun, kali ini Zyne Aariz pula yang tidak merestuinya. Bagi Zyne Aariz, ‘melepaskan’ Tiara kepada lelaki itu adalah satu perkara yang sangat sukar!
Apakah kesudahan kisah dua beranak ini?
Adakah bahagia akan terus mengiringi kehidupan mereka sekeluarga?
Mampukah Zyne Aariz ‘melepaskan’ Tiara dan membiarkan anaknya itu mencari kebahagiaan yang diinginkan?
Berjayakah Fateh hadir di antara dua beranak ini?
“B.F.E? Best Friend Ever? Taklah! Best Father Ever!”
Novel Ti Amo, SweetHeart 100 Hari Karya Suri Ryana
Sinopsis Novel Ti Amo, SweetHeart 100 Hari! :-
Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.
Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?
Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?
“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”
Novel Mencari Hilang Karya Hanni Ramsul
Sinopsis Novel Mencari Hilang :-
Takdir meletakkan Farisha di tangan lelaki yang salah. Dia mengalah dengan hidup. Dia tewas. Putus asa dan menyerah. Kuatkah dia untuk bangkit berjuang? Gagahkah dia mencari bahagia yang seakan-akan mitos padanya? Farisha tidak berani lagi meletak harapan kepada sesiapa pun. Dia tidak percaya kepada sesiapa lagi. Baginya kesunyian dunia ciptaannya sudah cukup membuat dia bahagia.
Haziq lelaki yang bertanggungjawab membuat hidupnya gelap. Memisahkan dia dengan ibu tersayang juga meletakkan dia sebagai pesalah untuk dosa yang bukan dia pelakunya. Haziq menyesal. Mampukah Haziq mendapatkan kemaafannya?
Rayyan pula, pencinta hebat yang kononnya cintakan Farisha sepenuh hati. Namun, dengan sedikit ujian, Rayyan sudah melenting hebat. Rayyan menambah sakit di jiwa Farisha. Setelah menyesal, mungkinkah dia yang berjaya memberi sinar bahagia dalam hidup Farisha?
Atau, mungkin Zaheem. Lelaki yang sentiasa ada untuk membantu Farisha ketika wanita itu melalui jalan yang sukar dalam hidupnya. Zaheem lelaki baik yang sangat prihatin. Tetapi, Zaheem adalah suami orang. Barangkali tidak salah untuk dia menumpang bahagia Zaheem? Mampukah Zaheem menjadi penawar jiwa Farisah yang tenat?
Andai bukan mereka, mungkinkah Irman boleh kembalikan ‘hidup’ pada Farisha? Irman seorang pencinta dalam diam. Sentiasa mencintai Farisha dan menjadi pelindung Farisha tanpa wanita itu sedar. Dia tahu Farisha sedang menderita dan dia tidak akan tega melihat wanitanya terus menderita.
Berjayakah dia menjadi hero, selamatkan hati Farisha?
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2plp8DL
✍ Sumber Pautan : ☕ Dunia Cik Akak
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment