Celcom Bakal Tawar Internet Selaju 300Mbps
Petaling Jaya: Syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan rangkaian ‘Lightning Fast LTE’ dalam persediaannya memasuki fasa 5G nanti.
Lightning Fast LTE membolehkan kelajuan data hingga 300Mbps yang kini didapati di 25 bandar utama sekali gus menawarkan strim video, suara, muzik, pindah turun filem, permainan dan media sosial lebih pantas.
Advertisement
Ia termasuk Lembah Klang, Miri, Pulau Pinang, Bintulu, Alor Setar, Tawau, Labuan, Batu Pahat, Kuala Terengganu, Muar, Johor Bahru dan Seremban.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan, berkata liputan Lightning Fast LTE akan digunapakai sepenuhnya bermula Ogos nanti.
“Kelajuan rangkaian baru boleh menjangkau 400Mbps jika kena pada perantinya yang menepati pelayaran kandungan HD, 2K dan 4K dengan pantas,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBKgsq
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment