“Cucu nenek kena bakar nak…” – Kejadian ibu muda, 21, maut dibakar tunang
Kejadian seorang ibu muda yang baru berusia 21 tahun maut setelah dibakar tunangnya, 28. Perkongsian oleh Fazly Hassan yang kebetulan bertemu dengan nenak mangsa di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baca lagi:
Satu kisah yang amat menghayat hati pada aku dan isteri aku ketika di hospital tadi.
Seorang nenek,berusia dalam lingkungan 70 tahun.duduk teresak-esak menangis ditepi pintu kecemasan.aku dan isteri aku cuba merapati nenek tersebut,bukan untuk menyibuk tapi cuba untuk meredakan perasaan nenek tersebut.
hati aku mula sayu bila melihat seorang nenek menangis sebegitu.isteri aku terus bertanya pd nenek tersebut..”nenek..nek ok..??
Perkataan pertama keluar dr mulut nenek tersebut amatlah membuatkan kami berdua tergaman terkejut..
“Cucu nenek kena bakar nak..”
Ayat tersebut terus menangkap jiwa kami.dengan keadaan nenek itu yang amat kami kasihani,menangis tanpa henti..
Aku dan isteri terus cuba tenangkan nenek tersebut.bila nenek itu dah tenang terus nenek tu bercerita apa yg terjadi.mula2 kami cuma mahu nenek itu melepaskan segala kesedihan yg dirasainya..
“Cucu nenek usia 21 tahun..suami dia dalam 28 tahun.kejadian dirumah cucunya di taman sri bahgia tampoi .masa tu mereka suami isteri berada dalam rumah tersebut.ntah apa jadi, tiba2 sang suami melemparkan sejenis minyak petrol dibadan isterinya..”
Terdetik aku nak bertanya, kenapa si isteri tak melawan..?”mungkin kerana terlalu takut dan tak sangka sisuami sanggup buat sedemikian..jawapan nenek dalam keadaan menangis.keadaan itu amatlah memilukan sehingga menarik perhatian orang awam dan kakitangan yang terkejut mendengar kisah nenek tersebut.
Seminit kemudian tiba anak2 sedara nenek tersebut. keadaan jadi huru hara. keluarga si suspek cuba membela suspek. (Tiada disitu) dengan berkata suspek mempunyai masalah mental dan telah ditahan polis
Bila keluarga si isteri bertanya, balai mana?bila kena tangkap?
Jawapan keluarga suspek hanya ‘tak tahu’..
Hal tersebut mula membuatkan keluarga mangsa curiga.
Seorang pakcik mangsa menceritakan masalah suspek. aku dah mula agak..
DADAH..bila ketagihan mula melampau kita akan buat perkara melampui batas akal fikiran kita.sehingga tanpa sedar sanggup bakar isterinya hidup2.
Sabar la nek.banyakkan istifar.keadaan si isteri menurut doktor telah terbakar 95% ..
Aku harap sangat si suami ditangkap dan menerima hukuman setimpal dan keluarga simangsa dapat keadilan seperti dituntut waris mangsa
Sekarang si isteri berada dizon kritikal hospital aminah jb.saya dan isteri mengharap anda dapat mendoakan mangsa selamat kerana mangsa ada anak kecil yang masih berusia 1 tahun lebih.
Pilu malam ini..
Berita mengenai kejadian daripada Harian Metro. Menurut pihak Polis, lelaki itu dan mangsa bukanlah suami isteri, mereka tinggal bersama namun hanya mempunyai ikatan tali pertunangan:
Johor Bahru: Wanita 21 tahun maut selepas melecur hampir 95 peratus dipercayai dibakar lelaki yang sekurang-kurangnya tiga tahun menetap bersamanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada 11.03 pagi, Sabtu.
Beliau berkata, lelaki yang disyaki membakar mangsa bukanlah suami wanita itu sebaliknya hanya tunang yang tinggal bersamanya tanpa ikatan perkahwinan yang sah.
Katanya, lelaki berusia 28 tahun itu sudah ditahan di HSA ketika mendapatkan rawatan, semalam.
“Suspek lelaki ini dipercayai penagih dadah kerana ujian saringan awal air kencingya positif bahan itu. Dia dan mangsa kedua-duanya tidak bekerja.
“Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca akibat pertengkaran antara mereka.
“Lelaki itu mendakwa menyesal kerana mempunyai hubungan tiga tahun dengan mangsa sehingga melahirkan anak tidak sah taraf yang kini berusia 18 bulan,” katanya.
Sulaiman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
The post “Cucu nenek kena bakar nak…” – Kejadian ibu muda, 21, maut dibakar tunang appeared first on The Alternatif.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oCnTxL✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment