Hi! Welcome Back and Stay Tune! DR M: ‘JIKA KM PENJAWAT AWAM, ADAKAH PM KULI?’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DR M: ‘JIKA KM PENJAWAT AWAM, ADAKAH PM KULI?’

Tun Dr Mahathir Mohamad bingung bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh menolak saman misfeasansnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata Dr Mahathir, kehairanan itu berpunca daripada keputusan berbeza dikenakan pada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berdepan tuduhan rasuah membabitkan ahli perniagaan Phang Li Koon.

“Saya tak tahu, tetapi dalam kes Guan Eng dia adalah penjawat awam. Jadi, kalau ketua menteri penjawat awam, perdana menteri (siapa), kuli?” kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini malam tadi.

Bekas perdana menteri itu diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman misfeasans bagi pegawai awam yang difailkan beliau dan dua yang lain terhadap Najib Razak.

Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib – sebagai perdana menteri – bukan pegawai awam dan dengan itu menolak saman tersebut.

Tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah yang berkaitan dengan tanah penukaran (daripada pertanian kepada perumahan), dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Pada 30 Jun tahun lalu, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Lim didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan penukaran tanah di Balik Pulau untuk Magnificent Emblem Sdn Bhd.

Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri majlis makan malam dan kutipan dana DAP Seputeh di Kuala Lumpur.
Lebih 500 orang hadir di majlis berkenaan.

Kehadiran Dr Mahathir pada majlis itu juga disambut meriah apabila komuniti Cina berasak-asak mahu merakam gambar masing-masing bersama pemimpin berusia 92 tahun itu.

Malah, seusai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memberikan kata-kata aluan, beliau sekali lagi disambut tepukan gemuruh sekali gus menyaksikan hadirin bangkit sambil memegang sepanduk “Kleptokrasi”.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2piOW50

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.