Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tujuan Datang Untuk Hancur Keluarga Kau - Wanita Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Dengan Bukti Rakaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tujuan Datang Untuk Hancur Keluarga Kau - Wanita Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Dengan Bukti Rakaman

Kisah yang mengaitkan penggunaan sihir dan ilmu hitam sering digunapakai oleh mereka yang berniat jahat dan dengki dengan tujuan untuk menjatuhkan orang lain serta untuk merosakkan kehidupan orang yang dibenci malah untuk menguji ilum hitam yang diamalkan pun masih juga berlaku dalam dunia sekarang.

Yang amat menyedihkan apabila si pelaku yang menghantar santau, sihir dan ilmu hitam berkenaan adalah dari keluarga terdekat sendiri apatah lagi orang lain yang membenci kita dan sebagainya.

Tanda-tanda terkena sihir dan buatan orang seperti ini dapat dilihat melalui rawatan yang dilakukan oleh mereka yang pakar untuk mengusir benda-benda yang menakutkan seperti ini.

Gambar sekadar hiasan.
Satu perkongsian daripada seorang pemilik akaun Twitter menceritakan bagaimana dia dan keluarganya menghadapi dan mengalami sendiri perkara yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus serta sihir ilmu hitam ini di rumah beliau sendiri. Semua ini sungguh menyeramkan dan anda pasti meremang.

Oleh: LealterEgo

Ada Benda Hitam Melintas Di Dapur

Ini cerita yang baru je jadi sebentar tadi. Ya, lebih kurang 3 jam lepas. Masih lagi berkisar tentang penunggu rumah ni.

Sebelum jadi, pagi tadi pukul 9 pagi anak buah aku & mak aku nampak kelibat hitam melintas dari pintu masuk dan terus ke dapur. Aku mmg dah agak rumah ni ada benda baru masuk sebabnya, tiga hari lepas aku dah dgr semula bunyi benda melompat atas katil.

Jadi, mak aku cerita yg dia nampak benda hitam melintas laju ke dapur. Dan mcm bunyi benda menggeledah barang kat dapur. Laci buka semua. Memula ingatkan ada org lain yang cari sarapan pagi, tapi bila mak aku ke belakang. Kosong. Tak ada orang.

Okay. Tu yang pertama. Lepas tu, malam tadi aku saja pakai minyak wangi yg Ustaz Zek pernah bagi. Kejap lagi aku share minyak wangi tu. Bila pakai minyak wangi ni, jin jadi loya sbb katanya bau busuk. Sedangkan minyak seroja ni wangi.

Bahu Terasa Berat Dan Sakit Kepala

Sebabnya minyak wangi seroja ni dah dibaca dgn bacaan Ruqyah dan mcm-mcm lagi. So, aku pakai & borak kejap dgn mak aku kat bilik. Aku tanya balik, apa yg dia nampak pagi tadi. So masa cerita tu naik jugalah bulu roma sbb siang-siang hari benda tu muncul, kan?

Dalam masa yg sama, minyak wangi aku pakai tu dia bau semerbak satu bilik. Aku perasan riak muka mak aku mcm berubah. Plus, mak aku mengadu bahu dia berat & tangan sakit.. Rasa pening kepala. Aku ajak mak aku duduk kat sofa. Sebab..

Sebabnya aku nak bagi dia minum air yg ustaz tu pernah bagi. Dan aku calitkan minyak wangi tu kat badan dia semua. Selang 5 minit. Mak aku kata mcm sakit perut. Dia jadi loya. Loya nak muntah. Aku suruh letak minyak tu kat hidung.

Tujuan Untuk Menghancurkan Seluruh Keluarga

Dan makin menjadi dia jadi loya mcm nak muntah. End up, benda tu terus masuk.. Meracau kata bau busuk & tak tahan. Dengar audio ni. Aku sempat rakam sikit tadi. Katanya nak hancurkan family aku & ni tempat dia. Suara yang interact dgn mak aku tu, suara ayah aku & anak buah aku. Tak sempat rakam lama sbb benda tu mengamuk. Mengamuk sebab kami dah start lempar lada hitam & baca ayat kursi. Bila interact dgn benda tu, dia cakap yg dia dtg cari Bulan..

Ya. Bulan yang sebelum ni aku cerita tu. Dia kata kami dah hancurkan kawan dia. Dia nak tuntut bela. Lol. Kawan dia ada je kot? Bulan tu ustaz tu dah pindahkan ke tempat lain. So kalau dia cari, mmg takdelah kat sini. Lepas tu nak mengamuk? Wtf perangai?

Banyak yang ayah aku interact dgn benda tu. Dia ckp dia tahu tmpt utk menyusup masuk kalau kena pagar pun. Yang paling scary, tadi ingatkan mak aku dah ok. Sekali biar dia duduk sorg dlm bilik. Dia panggil ayah aku, dan tetiba mengilai.

Pocong Berbalut Kain Hitam Setinggi 10 Kaki


Dia ckp dia menyusup melalui angin. Dia ada 1001 cara utk masuk. Dan satu keluarga dia dah ada depan pintu. Yang paling lame nak tahu apa? Dia panggil anak dia untuk masuk. Nama Balang. Lol. Balang kuih ke amenda?

Pesen jin nama pelik-pelik ni tak payahlah nak ganggu manusia. Ni Bulan lah, Balang lah. Petir.. Kerja menyusahkan orang. Menganggu. Aku call ustaz Zek tadi. Dia tak dpt immediately sbb ada pesakit kat rumah. Dia kata akan dtg kejap lagi tapi lewat.

So skrg aku tgh tunggu kedatangan ustaz tu ke rumah sbb mak aku sekejap ok. Sekejap tak ok. Dan tadi lepas kena dia nampak pocong kat bucu. Pocong setinggi 10 kaki berbalut kain hitam.. Bayangkan. Tinggi.

UPDATE : Ustaz Zek dah sampai dgn isteri & pembantu dia. Tepat jam 12 tengah malam..

Ustaz tengah prepare nak pagarkan rumah sekali lagi. Benda tu selit melalui lubang kecil. Proses pagar rumah dah siap. Alhamdullilah. Ustaz dah sediakan air semua utk suruh amal selama 7 hari.

Ni minyak yang aku pakai kat mak aku tadi. Terus automatik kena rasuk kalau mmg ada benda dalam badan korang. Kalau nak beli ada no tu. Ustaz Zek dah beri air & panduan utk tutup ruang yang ada pada mak aku supaya takde benda lain lagi boleh masuk. Cuma kena amal 40 hari.

Dengki Adalah Musuh Utama

Aku harap lepas ni keadaan jadi makin okay. Cuma.. Kedai mak aku kat Batu Pahat ada org dengki. Ada org hantar benda dari Siam katanya. So rumah dah settle pagar. Kedai family aku pulak yang belum. Mungkin dalam minggu ni. Doa-doakanlah. Lumrah org meniaga selalu kena dengki.

Dan kes kena dengki ni bukan pertama kali. Banyak kali dah kena. Dan yang paling teruk, dalam kalangan keluarga sendiri ada yg buat. Sebab tu orang ckp, sebab duit manusia boleh jadi hilang akal. Hilang akal sampai guna pertolongan jin utk jatuhkan pesaing.

Aku tak nak generalize yg Melayu kaki dengki & hantar bomoh. Bagi aku, semua bangsa sama. Yg penting diri kau sendiri. Bersaing secara sihat. Kau Cina ke, India, Kadazan atau Iban, afterall kau masih manusia. Jadi kalau dah namanya manusia, tlglah berperangai mcm manusia.

Jangan buat perangai iblis hantar benda-benda jahat utk tutup periuk nasi orang. Rezeki masing-masing Tuhan dah tetapkan.

Sumber: LealterEgo

Baca: Yassin 7 Mubin Pulangkan Sihir



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pufz5D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.