SubhanAllah, Rupa-Rupanya Inilah 10 Pintu Syaitan Menguasai Tubuh Manusia. Cuba Periksa Adakah Kita Telah Membuka Pintu-Pintu Ini?
\
✍ Sumber Pautan : ☕ ISU sEMASA
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pLrO0s
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Mengikut ulama', syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu:
1- Melalui sifat SOMBONG dan ANGKUH. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada sifat manusia yang ego dan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2- Melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang benar dan fisabilillah (di jalan Allah).
3- Melalui sifat TAKABBUR dan BONGKAK. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan bahawa dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidupnya. Mereka lupa bahawa kesenangan dan kemewahan serta nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman yang bermaksud
"Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." -Surah an-Nahl. ayat 23-
4- Melalui sifat KHIANAT. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. Manusia yang melanggari peraturanAllah juga dikira mengkhianati, namun dengan khianat yang sangat besar.
5- Melalui sifat TIDAK SUKA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT. Nabi Muhammad S.A.W sentiasa menasihati sahabat-sahabat baginda agar menjauhi sifar ini melalui hadis baginda
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w , sabdanya yang bermaksud,
"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Al-Bazzar)
6- Melalui sifat HASAD. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
7- Melalui sifat SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN. Sifat ego manusia akan selalunya lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah beriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah ORANG TUA, ORANG YANG BERILMU dan IMAM(PEMIMPIN) YANG ADIL. (Riwayat Muslim)
8- Melalui sifat UJUB atau BANGGA DIRI. Menurut ImamAhmad, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja." ( Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9- Melalui sifat SUKA BERANGAN-ANGAN. Islam agamayang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
10- Melalui sifat BURUK SANGKA. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Nanti akan ada seseorang yang berkata kepada oarang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah yang sebenarnya rosak dirinya."( Riwayat Muslim)
Jadi InsyaAllah, marilah kita sama-sama merenng diri kita sekiranya kita mempunyai mana-mana sifat-sifat diatas. Dan InsyaAllah, bersama-samalah kita mengatasi dan menukar sifat-sifat mazmumah dalam diri kepada sifat-sifat mahmudah....
Sumber : sehinggit.blogspot.my
✍ Sumber Pautan : ☕ ISU sEMASA
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pLrO0s
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment