Hi! Welcome Back and Stay Tune! Juruterbang Delta Airlines Tampar Penumpang Sedang Bergaduh Cetus Kemarahan Netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Juruterbang Delta Airlines Tampar Penumpang Sedang Bergaduh Cetus Kemarahan Netizen


Susulan insiden seorang penumpang warga Vietnam diheret keluar dari pesawat milik syarikat penerbangan United Airlines, sebarang insiden yang berhubung kait dengan syarikat penerbangan menjadi tumpuan orang ramai.

Memetik laporan The New York Times, sebuah video di YouTube yang bertarikh 21 April tersebar luas di laman sosial yang menunjukkan dua orang wanita kelihatan bergelut antara satu sama lain di jambatan pesawat di lapangan terbang Atlanta. 

Pada ketika itu seorang juruterbang Delta Airlines dilihat bertindak menarik bangun salah seorang wanita itu dari lantai dan tampar mukanya, kemudian beredar dari situ. 

Paparan video tersebut serta-merta menarik perhatian di kalangan pengguna maya dan menimbulkan perbincangan hangat.


Dalam video yang dikongsikan oleh TMZ, jelas kelihatan seorang wanita menerkam ke arah seorang lagi wanita. Ketika kejadian, kedengaran suara sumbang daripada seorang penumpang lelaki yang mengatakan: 'belasah dia'. 

Dalam satu kenyataan, pegawai Delta Airlines berkata, selepas dimaklumkan insiden pergelutan yang berlaku pada 21 April Jumaat lalu di pesawat penerbangan 1827 yang terbang antara Atlanta dan Fort Lauderdale, Florida, maka dengan serta-merta juruterbang berkenaan diarah berhenti daripada tugasannya buat sementara waktu untuk siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati juruterbang itu bertindak menampar muka salah seorang wanita itu hanya berniat untuk meredakan perbalahan antara kedua penumpang berkenaan, seterusnya juruterbang berkenaan telah dibenarkan bertugas semula seperti biasa. 

Manakala, bagi jurucakap balai polis Atlanta Sarjan Warren Pickard pula memaklumkan, tiada maklumat yang boleh dikemukakan sebelum hari Isnin. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pjSwMf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.