TAKIYUDDIN: RIBUT ITU TAKDIR ILAHI
Muktamar PAS tahun ini berjalan seperti dijadualkan walaupun berlaku ujian di kawasan Komplek PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar di Kedah malam tadi.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata apa yang berlaku adalah act of God (kehendak Tuhan).
Katanya walaupun berdukacita dengan insiden malam tadi, kepimpinan PAS mengambil keputusan meneruskan muktamar kali ke-63 itu seperti dijadualkan.
“Ini satu takdir Allah. Kalau mengikut bahasa undang-undang, act of God,” katanya yang juga seorang peguam.
Takiyuddin membuat pengumuman itu di awal hari kedua muktamar PAS.
Dalam kejadian senja semalam, ribut melanda kawasan itu menyebabkan pelbagai kerosakan, terutama membabitkan khemah yang dibina di sekitar bangunan kompleks berkenaan.
Kata Takiyuddin, seramai 18 orang cedera termasuk peniaga, orang awam dan kakitangan PAS. Daripada jumlah itu 13 ditempatkan di hospital manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.
Beliau yang juga anggota parlimen Kota Bharu menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada kerana cuaca dijangka tidak menentu petang nanti.
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi, berkata kejadian angin kencang semalam melibatkan beberapa buah khemah Kelab Usahawan Haraki PAS yang menempatkan reruai agensi kerajaan dan persendirian.
“Semua aturcara program muktamar yang tidak melibatkan tapak ekspo adalah beroperasi seperti biasa,” katanya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2piKGm7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment