Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Mak Cun’ Lagi Popular Daripada Erma Fatima - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Mak Cun’ Lagi Popular Daripada Erma Fatima

Berjaya mencetuskan fenomena tersendiri, Erma Fatima tidak ralat apabila lebih dikenali sebagai Mak Cun.

Situasi itu sekali gus menenggelamkan namanya Erma Fatima dalam kalangan peminat tegar drama bersiri itu.

“Nama saya, Erma Fatima dah tak ada dah. Dah jadi Mak Cun.

“Kiranya nama Mak Cun ni lagi glamour daripada Erma Fatima (gelak),” katanya pada kakigosip.

Katanya, situasi itu akan terjadi apabila cara berpakaiannya persis Mak Cun iaitu berbaju kurung, berkain sarung dan bercermin mata.

“Kalau saya pakai simple, seperti seluar jeans dan baju jenis besar-besar, saya akan di pandang pelik.

“Tapi, bila saya berpakaian macam Mak Cun, dari jauh orang dah menjerit memanggil Mak Cun (gelak.

“Dan… saya memang alaminya sendiri,” katanya.

Pun begitu, selebriti berusia 49 tahun ini mengakui berbangga dengan keadaan itu.

“Saya tak ralat tapi saya sangat bangga kerana i am not a follower. I am a trendsetter. I do something yang people don’t do.

“Semua itu berlaku di atas rasa kepercayaan orang,” katanya.

Atas faktor itu juga, Erma turut meluaskan jenama Mak Cun dalam sektor ekonomi apabila memperkenalkan Mak Cun Mart.

Katanya, Mak Cun Mart bertindak sebagai pusat sehenti bagi produk bumiputera sekali gus membantu menjana pendapatan usahawan kecil dan sederhana (PKS).

“Pusat sehenti itu menempatkan lebih 20 produk usahawan PKS.

“Buat masa ini, boleh dapatkannya melalui laman web http://ift.tt/2qhWBSs selain kedai fizikal bakal dibuka di Ukay Perdana, mulai Mei ini,” katanya.

Pada masa sama, siri terbaru, Mak Cun 3 juga sedang bersiaran di TV3 pada setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam, mulai 20 April lalu.

The post ‘Mak Cun’ Lagi Popular Daripada Erma Fatima appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2puaSZq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.