Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Tekanan Perasaan Dan Putus Cinta Lelaki 22 Tahun Cuba Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 19 Kondominium - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Tekanan Perasaan Dan Putus Cinta Lelaki 22 Tahun Cuba Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 19 Kondominium


Batu Caves - Kerana menghadapi tekanan perasaan yang keterlaluan seorang lelaki didapati telah mencuba untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 19 di Casa Indah Kondominium, Bukit Idaman, lapor Harian Metro.

Ketika kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai berusia 22 tahun telah dilihat sedang duduk dalam keadaan bahaya di koridor luar di bahagian tengah bangunan berkenaan.

Ekoran kejadian berkenaan Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dihubungi untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Menurut jurucakap BB Selayang, mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam ketika jam 5.09 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Ketika mereka tiba di lokasi berkenaan, mereka mendapati lelaki berkenaan masih berada di lokasi kejadian dan mendapati beliau menghadapi tekanan perasaan dan fikirannya dikatakan bercelaru.

Menurut jurucakap terbabit, pada mulanya lelaki terbabit enggan berkerjasama dan menyuruh anggota bomba beredar dari lokasi berkenaan.

Anggota bomba cuba menghampirinya dan menyatakan kebimbangannya sekiranya lelaki berkenaan bertindak di luar dugaan apabila terjun dari bangunan yang mempunyai ketinggian 19 tingkat itu. Walau bagaimanapun, mereka terus memujuk lelaki terbabit dan cuba untuk menenangkannya.

Setelah beliau ditenangkan oleh anggota bomba, lelaki berkenaan menceritakan kenapa dia berbuat begitu. Dia menyatakan bahawa dia telah putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan akibat masalah percintaan yang dialaminya itu. - Koleksi Viral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pjcC9w

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.