Hi! Welcome Back and Stay Tune! Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada guru-guru agama sebelum memulakan persembahan nyanyian di majlis agama.

Heliza, 31, berkata, perkara itu dilakukan bagi mengelakkan dirinya daripada melanggar perkara yang bertentangan dalam agama Islam.

“Saya rujuk banyak guru-guru agama tentang aurat suara wanita dan memang banyak hukum-hukum dan pandangan. Ada beberapa garis panduan bagi wanita tentang aurat antaranya lirik lagu, tempat kita menyanyi.

“Jadi, biasanya sebelum memulakan persembahan saya akan bertanya tentang kepada mereka yang arif tentang agama sama ada lirik-lirik yang akan saya sampaikan,” ujarnya.

Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi mengulas tentang pendapat tentang aurat suara seorang wanita dan perkembangan kerjaya nyanyiannya.

Penyanyi lagu La Tahzan ini mengakui pernah memerlahankan kerjaya nyanyian bagi mencari jawapan terhadap perkara tersebut.

“Saya pernah rasa bersalah dan mencari-cari jawapan tentang itu (aurat suara wanita) ketika awal-awal dalam industri, sehingga sekarang pun saya masih menerima pendapat semua pihak dan perbaiki kelemahan.

Saya nyanyi tidak ada lengok-lengok pun hanya ingin menyampaikan sesuatu mesej dakwah sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Heliza berkata, dia sendiri diminta untuk menyanyi dalam majlis-majlis motivasi dan ceramah bagi menarik perhatian anak muda.

Katanya, apa juga yang dilakukan dalam industri adalah untuk berdawah dan memberi manfaat kepada orang lain.

“Saya menggunakan cara menyanyi itu untuk menarik anak muda mendengar dakwah dan ia sesuatu yang berkesan.

Apa yang lebih penting ialah perkara yang saya lakukan itu memberi menafaat dan mampu menyampaikan dakwah kepada orang lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Heliza bakal keluar dengan single sempena Hari Raya Aidilfitri kerjasama dengan butik pakaian Elle Zada berjudul Meriahnya Hari Raya.

The post Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oM8Y9j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.