Hi! Welcome Back and Stay Tune! HENTI RUGIKAN PARTI, KATA PERWAKILAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HENTI RUGIKAN PARTI, KATA PERWAKILAN

Seorang perwakilan menggesa PAS berhenti menyerang atau menghina kaum bukan Melayu serta bukan Islam sebaliknya bergerak secara profesional membawa gagasan sendiri.

Abu Zarim Abdul Rahman berkata kedudukan Melayu dan Islam mempunyai tempat istimewa dalam perlembagaan namun ia bukanlah lesen untuk menyerang pihak lain.

“Lebih baik kita bersifat profesional dengan gagasan yang kita bawa, dengan menghalakan peluru (serangan) kepada puak yang membuat kesalahan tersebut.

“Tak perlulah kita salahkan kaum lain atau agama lain,” katanya semasa membahas ucapan dasar presiden hari ini.

Perwakilan Negeri Sembilan itu menambah beliau mendapati berlaku peningkatan serangan berbentuk perkauman di media sosial yang dipercayai dilakukan penyokong PAS.

Katanya, walaupun kebanyakan serangan itu menggunakan akaun palsu namun ia memberi imej buruk kepada parti.

“Marilah kita sama-sama hidup dalam suasana aman dan harmoni tanpa perlu saling menyalahkan antara satu sama lain, daripada melayan nafsu marah kita,” katanya.

Secara umum Abu Zarim juga berkata serangan terhadap parti lain juga perlu dihentikan sesuai dengan suasana semasa yang kian menghampiri pilihan raya.

Katanya, serangan terhadap parti pembangkang lain hanya akan merugikan PAS sendiri.
“Kita perlukan undi (penyokong parti lain). Bagaimana masyarakat nak mendakati kita, sedangkan kita mencaci maki hamun parti mereka?” katanya.

Turut ditegur Abu Zarim ialah perbuatan sesetengah pemimpin atasan parti yang gemar memuat naik gambar percutian mereka di luar negara.

Sebaliknya, kata beliau, pemimpin terbabit wajar mula turun ke padang dan membantu masyarakat.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qkX6YT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.