Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hukum Bila Suami Melarang Isteri Menziarahi Ibu Bapa Sendiri. Isteri Wajib Tahu dan suami patut ambil tahu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hukum Bila Suami Melarang Isteri Menziarahi Ibu Bapa Sendiri. Isteri Wajib Tahu dan suami patut ambil tahu

Hukum Bila Suami Melarang Isteri Menziarahi Ibu Bapa Sendiri. Isteri Wajib Tahu..
sekadar gambar hiasan

Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri. Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lelaki dan perempuan.

Perkahwinan dalam Islam tidak menghilangkan identiti perempuan kepada keluarga suami. Sesetengah agama/bangsa lain yang non-Muslim, apabila seorang perempuan itu berkahwin, dia tidak lagi dibenarkan mempunyai hubungan dengan keluarganya, malah namanya juga ditukarkan kepada nama keluarga suaminya.

Perempuan muslim dalam perundangan Islam apabila dkahwinkan, tidak sekali-kali akan bertukar corak, khususnya namanya seperti yang berlaku dalam masyarakat Eropah yang ditiru oleh perempuan-perempuan Islam hari ini dengan menghilangkan namanya sendiri digantikan dengan menjadi Mrs (so and so). Perempuan Islam tetap dengan nama asalnya, dinasabkan ke atas bapanya, tanpa perlu digantikan dengan nama suami yang cuma mendatang dalam hidupnya.

Berbalik kepada persoalan di atas, sebenarnya tidak timbul soalan siapa yang perlu diutamakan jika kedua-dua belah pihak memahami bahawa keluarga isteri adalah keluarga suami juga, dan keluarga suami adalah keluarga isteri.

Ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah perintah Allah SWT. Dalam hadis Baginda Rasulullah SAW ada menegaskan yang bermaksud: “Sekiranya aku boleh (diberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk yang lain) menyuruh seorang itu sujud kepada seorang yang lain pastinya aku menyuruh si isteri sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, jld:7, hlm:291, Abu Daud, Sunan Abi Daud, jld:2, hlm:605, al-Tarmidzi, Sunan al-Tarmidzi, jld:4, hlm:323).

Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW memperlihatkan akan kedudukan suami yang sepatutnya dihormati, sekali gus tidak ingkar kepada perintahnya. Dalam maksudnya yang lain menggambarkan bahawa suami mesti dimuliakan, dan kemuliaan itu bukan kerana Islam ingin memberi darjat yang berbeza antara lelaki dan wanita tetapi adalah untuk melihat kepada pengorbanan dan kesanggupan dia menjadi suami dan menjaga kehormatan isterinya.

Persoalan yang sering kali menjadi dilema seorang wanita yang bergelar isteri : “Bolehkah seorang isteri menziarahi ibubapa (atau keluarganya) tanpa izin suami?” Malah, ramai yang berfahaman, “Ketaatan seseorang isteri kepada suami lebih dituntut” berbanding dengan “Ketaatan isteri kepada ibu bapanya”.

Soalan; Adakah harus suami dengan sengaja –yakni tanpa sebab yang munasabah- melarang isteri dari pulang menjenguk ibu/bapanya, lagi pula mereka telah tua dan sakit?

Jawapan;

Berbuat baik kepada dua ibu-bapa merupakan tuntutan yang besar dalam Syariat Islam, begitu juga menghubungkan silaturrahim. Maka suami sebagai ketua keluarga, wajib mendorong isteri supaya melaksanakan tanggungjawabnya, bukan menghalangnya. Suami yang menghalang isteri dari menziarahi ibu atau bapanya (tanpa suatu sebab yang munasabah) –apatahlagi mereka telah tua dan sedang sakit- dia telah melakukan beberapa dosa;

1. Dosa menghalang isteri dari menunaikan kewajipan kepada ibu-bapanya,
2. Dosa menyebabkan terputusnya silaturrahim (ikatan kekeluargaan) antara isterinya dan keluarganya.
3. Dosa tidak melayani isteri dengan cara yang sepatutnya.

Allah berfirman;

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan; janganlah kamu semua menyembah melainkan Dia dan berbuat-baiklah kepada dua ibu-bapa” (surah al-Israk, ayat 23).
Seorang wanita –sebagaimana juga lelaki- wajib berbuat baik dan berbakti kepada dua ibu-bapa. Sekalipun seorang wanita telah berkahwin, kewajipannya untuk berbuat-baik dan berbakti kepada dua ibu-bapanya –seperti yang disuruh oleh ayat di atas- tidak tamat terutamanya apabila mereka memerlukannya dan dia mampu menunaikannya.

Mengenai dosa memutuskan silaturrahim, Nabi SAW bersabda;

الرَّحِمُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ تَقُولُ مَنْ وَصَلَنِي وَصَلَهُ اللهُ، وَمَنْ قَطَعَنِي قَطَعَهُ اللهُ

“Ikatan rahim (kekeluargaan) bergantungan di Arasyh Allah, di mana dia berseru; ‘Siapa menghubungkanku, nescaya Allah akan menghubungkannya (dengan rahmat dan kasih-sayangnyaNya) dan sesiapa memutuskanku, nescaya Allah akan memutuskannya (dari rahmat dan kasih-sayangNya)” (Soheh Muslim; 2555/17. Dari ‘Aisyah RA).

Difahami dari hadis ini bahawa suami yang menjadi penyebab terputusnya ikatan isterinya dengan keluarganya, dibimbangi Allah akan membalasnya dengan terputus ikatan rahmat dariNya, yakni dia akan terhadang dari mendapat rahmat Allah.

Di antara perintah Allah kepada suami ialah;

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ 

“Dan layanilah mereka (yakni isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang sepatutnya” (surah an-Nisa’, ayat 19).

Menghalang isteri dari pulang menjenguk ibu-bapanya atau menziarahi keluarganya tanpa sebab yang munasabah bertentangan dengan layanan yang baik kepada isteri yang disuruh oleh ayat ini.

Mazhab Hanafi menyebutkan; suami tidak harus menegah isterinya dari keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya setiap kali jumaat (yakni seminggu sekali) dan bagi selain ibu-bapa pula ialah setahun sekali. Menurut Imam Abu Yusuf; jika dua ibu-bapa isteri berupaya untuk datang menziahari anak mereka di rumah suami, suami berhak menegahnya dari keluar. Jika mereka tidak mampu datang, wajib suami membenarkan isterinya untuk keluar menziarahi mereka.

Menurut mazhab Maliki; Tidak harus suami menegah isteri dari keluar menziarahi dua ibu-bapanya dan saudaranya –tanpa suatu sebab- jika terjamin keselamatannya.

Menurut mazhab Syafiie dan Hanbali; adalah menjadi hak suami untuk menegah isteri keluar dari rumah sekalipun untuk menjenguk dua ibu-bapanya atau menziarahi mereka ketika sakit atau menghadiri jenazah mereka dan isteri wajib mematuhinya, namun jika tanpa sebab yang munasabah perbuatannya itu adalah makruh (dibenci oleh Syarak).

Sumber : sehinggit.blogspot.my


✍ Sumber Pautan : ☕ ISU sEMASA

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oLyATS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.