Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ramai Artis Rakam Album, Industri Nyanyian Positif – Faizal Tahir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ramai Artis Rakam Album, Industri Nyanyian Positif – Faizal Tahir

Penyanyi dan komposer Faizal Tahir menyifatkan kebangkitan beberapa artis yang melancarkan album penuh disifatkan sebagai satu petanda positif kepada industri muzik tempatan.

Faizal berkata, ia juga bukti masih ada permintaan daripada peminat yang mahu membeli album berbentuk fizikal walaupun era digital pada hari ini telah mengubah corak pembelian secara dalam talian.

“Pada saya ia satu perkara yang baik apabila ramai penyanyi besar seperti Dayang Nurfaizah, Datuk Sheila Majid dan Datuk Siti Nurhaliza bersemangat tampil dengan album penuh pada tahun ini.

“Rasanya sudah lama kita tidak dengar penyanyi dari Malaysia hendak tampil dengan album penuh memandangkan sekarang penghasilan single lebih popular.

“Ini bukti permintaan masih dan berharap senario ini akan berterusan dalam menghidupkan kembali industri muzik tempatan,” katanya.

Faizal sendiri pada November tahun lalu melancarkan album studio berjudul Anatomi.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan lagu duetnya bersama Datuk Siti Nurhaliza iaitu Digarhayu  menerusi trofi Grup/Duo MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) pada Ahad lalu, Faizal menganggap ia diluar jangkaan.

Malah kata Faizal, dia sebenarnya sekadar menumpang populariti Siti dan percaya undian kebanyakannya datang daripada peminat penyanyi terkenal itu.

“Jujurnya dapat pencalonan pun saya terkejut kerana industri sudah berubah dan ramai bakat-bakat baharu yang popular berbanding diri saya.

“Ini semua undian peminat Siti dan saya hanya menumpang popularitinya sahaja dan jika ada yang mengundi saya terima kasih saya ucapkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Faizal berkata, dia teruja apabila bakal muncul sebagai hos sebuah program travelog iaitu Jelajah Hati untuk siaran TV1 tidak lama lagi.

Katanya, dia kembali semula ke bidang pengacaraan kerana ingin mencari kelainan dalam karier seninya.

“Selain menyanyi dan memberi fokus kepada kerja kebajikan saya ingin lakukan perkara baru dalam karier saya dan pengacaraan sesuatu yang lama ingin saya cuba.

“Alhamdulillah percubaan pertama menyeronokkan sekali gus memberi pengalaman baharu dalam kerjaya saya,” katanya.

Selain itu, Faizal bakal menjayakan Konsert Nova 2017 yang turut menampilkan penyanyi Indonesia iaitu Judika, Cakra Khan, Syahrini manakala dari Malaysia Dayang Nurfaizah dan Azlan & The Typewriter.

Konsert itu bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam dekat sini pada 5 Ogos depan.

The post Ramai Artis Rakam Album, Industri Nyanyian Positif – Faizal Tahir appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qi8ZBS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.