Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir Tinggalkan Perjanjian Konsesi Lebuh Raya PLUS Yang Menyusahkan Kita Hingga Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir Tinggalkan Perjanjian Konsesi Lebuh Raya PLUS Yang Menyusahkan Kita Hingga Hari Ini




PERJANJIAN KONSESI LEBUH RAYA PLUS

(Nadi Rakyat Bersatu)
Fakta Yang Perlu Kita Tahu
Tun Mahathir Mohamad.

1).Tun Mahathir telah menandatangi perjanjian TOL Lebuh Raya Plus selama 30 tahun bermula tahun 1998 sehingga tahun 2018.

2).Pada tahn 1999 sekali lagi Tun Mahathir membenarkan kutipan tol ini dilanjutkan kepada 12 tahun lagi sehngga tahun 2030 bagi mengelakkan kenaikan kadar tol sebagaimana mengikut perjanjian yang telah ditandatangi pahun 1998.

3).Pada tahn 2005 Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi terpaksa melanjutkan sekali lagi kadar tol selama 8 tahun berakhir pada tahun 2038 bagi mengelakkan kenaikan kadar tol sebagaimana seperti perjanjian yang telah ditandatangani oleh Tun Mahathir pada tahun 1998.

4).DS Najib tidak pernah melanjutkan tempoh masa kutipan tol untuk lebuhraya PLUS dan tidak pernah sekali-kali menaikan kadar kutipan tol.

5).Pada tahun 2011, DS Najib telah membeli semula Lebuhraya PLUS bagi mengelakkan melakukan perkara yang sama seperti Tun Mahathir dan Tun Abdullah pernah lakukan.

6).Apabila diimbas kembali dapat disimpulkan bahawa kisah menaikkan kadar tol berakar umbi bermula pada tahun 1998 di mana perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Tun Mahathir.

Beliau sendiri telah mengakui kebodohannya kerana tidak membaca dengan teliti isi kandungan perjanjian konsesi tol Lebuhraya PLUS dan tidak menyedari implikasi jangka panjang sebelum menandatanganinya.

7).Oleh itu, tidak perlulah pihak Pro-Tun membelanya dan cuba menyalahkan pihak lain.

8).Sebagai contohnya pengakuan Tun Mahathir pada 6 Januari 2007.

9).Tun Mahathir akui isu kesilapan perjanjian konsesi termasuk tol berpunca daripada zaman pentadbirannya.

10).“Ini adalah satu perkara yang perlu kita betulkan. Apa yang diperlukan adalah sebuah kabinet yang tidak selalunya berpengetahuan kerana ianya dibentuk oleh ahli-ahli politik dan bukannya para pakar dan kadangkala ahli politik seperti saya boleh menjadi bodoh,” jawab beliau kepada para wartawan yang memberitahu bahawa kelima-lima lebuhraya bertol semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dibina semasa dalam pentadbirannya.

Kita semua maklum bagaimana baru-baru ini kadar tol dikebanyakan lebuhraya dinaikkan, kecuali lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS. Ini adalah kerana lebuhraya PLUS dimiliki 51% oleh UEM Berhad dan 49% oleh Tabung Haji Berhad. Sementara UEM adalah 100% milik Khazanah Nasional.

Langkah pemilikan PLUS Berhad telah dibuat di bawah pentadbiran semasa DS Najib pada tahun 2009.

11).Bagi kenaikan tambang ERL yang dimiliki YTL Berhad. Konsensi, ERL telah ditandatangi juga semasa pentadbiran Tun Mahathir.

Menurut perjanjian konsesi tersebut, sekiranya kerajaan enggan membenarkan kenaikan tambang, Kerajaan Pusat wajib membayar RM2.9 billion kepada YTL atau membenarkan mereka menyambung konsensi selama 30 tahun lagi.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oLmbPP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.