Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Kpop, rancangan realiti jadi pilihan belia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Kpop, rancangan realiti jadi pilihan belia

BELAKANGAN ini kita sering disajikan dengan rancangan-rancangan dan juga artis-artis dari Korea Selatan.

Entah apa yang menarik sangat mengenai mereka ini hinggakan golongan muda begitu tegar menghabiskan duit hanya untuk membeli album atau membeli tiket untuk melihat artis kesayangan mereka.

Berkesempatan untuk menemu ramah beberapa peminat artis Kpop, kebanyakan mereka mendakwa fenomena Kpop telah menjadi seakan trend di Malaysia.

Menurut Shahina Shamsul, 24 tahun, beliau mula berjinak-jinak dengan rancangan realiti televisyen Running Man kerana pengaruh adik.

“Saya mula-mula terpengaruh dengan adik, namun ada juga menonton rancangan-rancangan dari Korea Selatan.

“Saya melihat orang ramai suka dengan trend Korea Selatan ini sebab ia meluas ‘worldwide’, ada juga yang sukakan budaya mereka itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, bagi Shahida Shamsul, 18, pula, beliau sudah menjadi peminat setia rancangan realiti televisyen, Running Man sejak tahun 2010 lagi.

“Saya sudan tonton rancangan ini sejak episod satu pada tahun 2010 hinggalah kini, memang suka sangat,”katanya.

Bagi Izzati Husna pula, karakter artis itu yang menjadi punca dia meminati rancangan sebegini.

“Perwatakan mereka dan sikap artis tersebut sesama mereka amat menggelikan hati menyebabkan saya suka menonton rancangan ini.

“Tambahan pula, saya lihat golongan muda memang sukakan komedi,” katanya pula.

The post Kenapa Kpop, rancangan realiti jadi pilihan belia appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oWpfH4

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.