Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mak Tanam Pokok Tanduk Rusa. Jam 1 Pagi Ada Sesuatu Bertenggek Di Situ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mak Tanam Pokok Tanduk Rusa. Jam 1 Pagi Ada Sesuatu Bertenggek Di Situ

loading…
loading…
Mak Tanam Pokok Tanduk Rusa. Jam 1 Pagi Ada Sesuatu Bertenggek Di Situ

Tanam Pokok Tanduk Rusa. Bila Jam 1 Pagi Apa Yg Singgah Di Pokok Itu MENYERAMKAN !!! | Pertama sekali, cerita ini merupakan peristiwa yang dah lama berlaku. Lebih kurang 16-17 tahun yang lepas dan bukan dialami oleh diri aku sendiri. 
Cerita yang aku nak kongsikan ni, merupakan cerita yang aku dengar daripada ibu aku. Ibu aku pulak mendapat cerita ni ‘fresh’ daripada jiran-jiran rumah yang mengalami kejadian ‘malang’ ni.
Cerita ni, ibu aku dapat semasa ‘persidangan’ ibu-ibu taman perumahan di hujung minggu masa tu.
Aku tinggal di kawasan taman perumahan biasa (rumah teres setingkat) yang terletak betul-betul di sebelah sebuah sekolah rendah dan menengah di daerah Manjung. Jadi, mesti korang semua boleh bayangkan suasana kawasan taman perumahan teres yang biasa-biasa. Keadaan jalan dan keluasan halaman rumah pun tak ada la luas.
Pada masa tu, di kawasan kejiranan rumah aku, memang menjadi ‘trend’ para ibu yang tidak bekerja untuk menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah. 
Dan termasuklah pokok tanduk rusa ni. Kata ibu aku, mak cik – mak cik jiran rumah yang menanam pokok ni cakap, kalau tanam pokok ni dalam pasu, memang nampak cantik. Tapi bagi aku, pokok tu nampak biasa je. Sebab pokok ni tak ada bunga pun. Sekadar daun je.
Jadi, nak dijadikan cerita, pada suatu malam, jiran yang duduk betul-betul setentang dengan rumah aku, Acik Asma (bukan nama sebenar), terjaga daripada tidur. Bukan sebab apa. Waktu dia terjaga tu lebih kurang pukul 1 pagi. Dia terjaga sebab bayi dia menangis. Mungkin kelaparan susu waktu tu. Jadi, dia pun pergi buat susu di dapur bagi menghentikan tangisan bayinya.
Sedang asyik dia susukan bayi dia dalam bilik tidur dia, tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu yang seakan-akan macam bunyi cakaran di luar rumahnya. Bilik yang dia tidur bersama bayi dia tu berada di hadapan rumah. Maksudnya, tingkap di bilik dia akan menghala ke bahagian garaj kereta.
Bila dia dengar elok-elok bunyi tu, dia rasa macam meja di garaj kereta dia macam dicakar oleh sesuatu. Sangkaan awalnya mungkin kucing yang mencakar meja tu. Jadi, dia pun tak kisah sangat sebab meja tu pun bukan meja yang mahal. Tapi, yang menjadikan dia seram sejuk, bila bunyi cakaran tu, diiringi dengan bunyi hilaian ketawa seseorang.
Tak mungkin kucing mengeluarkan bunyi ketawa yang menakutkan macam tu. Nak kata orang yang cakar, siapa pulak yang rajin nak cakar meja malam- malam buta? Dia pun menangis ketakutan waktu dengar bunyi ketawa tu.

Sebab suami dia waktu tu, tak ada di rumah. Outstation. Anak-anak dia yang lain pulak, tidur di bilik yang lain. Jadi, demi nak bagi bayi dia menyusu sampai habis dan tak menangis, terpaksa la dia tunggu sambil menangis sorang-sorang dalam bilik tu.

Nasib baik bunyi ketawa tu tak lama. Lepas dia dah tenang, dia terus call suami dia untuk cerita apa yang terjadi. Masa tu, suami dia sempat perli mak cik nih. Katanya,(lebih kurang macam ni ayatnya), “Itu la awak. Dalam banyak-banyak pokok, pokok tu jugak awak nak tanam kat rumah.Kan dah kena.”
Untuk pengetahuan semua, atas meja tu memang mak cik ni ada letak tiga biji pasu anak pokok tanduk rusa. 
Keesokannya, pagi-pagi lagi dia keluar rumah, ambil pokok tanduk rusa yang ada atas meja tu dan dibakar terus. Waktu dia bakar ni, memang aku ada menyaksikan sendiri. Sebab masa tu aku keluar rumah sebab nak pergi sekolah. 
Cuma, masa tu aku tak tahu dia bakar apa dan sebab apa. Cuma, aku pelik sebab apa dia membuat pembakaran terbuka di awal pagi. Biasanya, orang bakar waktu petang-petang. Nak tanya dia, waktu tu aku kecik lagi. Hehehe.
Okay. Pada minggu yang sama jugak, jiran yang duduk selang sebuah dari rumah aku turut mengalami nasib yang sama. Tapi, benda ni dialami oleh anak perempuannya yang jugak tidur di bilik hadapan. Pada malam tersebut, seperti kelaziman, anak jiran aku ni akan bukak tingkap di bilik tidurnya untuk cek pagar rumah. Sama ada dah dirapatkan atau belum. Tiba-tiba, waktu dia tengok-tengok dari tingkap bilik dia, dia perasan ada seseorang yang berdiri di luar pagar rumah dia. Tapi orang tu tinggi.
Tak macam orang biasa. Dan dia berdiri sebelah rak bunga yang ada tersimpan pokok tanduk rusa. Rak tu memang diletakkan di luar pagar rumah tu. Pada mulanya, dia ingat, itu ayah dia yang keluar untuk buang sampah. Tapi yang menyebabkan dia pelik, benda tu tak bergerak pun. Hanya berdiri tegak di situ untuk beberapa ketika.
Dari situ, dia tahu, yang benda tu bukan ayah dia atau pun orang biasa. Jadi, disebabkan anak jiran aku ni alim orangnya, dia rilek je tutup tingkap tu dan tidur macam biasa. Esoknya, baru dia tanya kat mak dia, ada atau tak orang keluar rumah malam tadi dalam pukul 12 lebih. Bila mak dia kata, tak ada, barulah dia cerita apa yang berlaku pada malam tu.
Kemudian, selang beberapa hari, kisah yang sama berlaku pada jiran yang duduk selang beberapa buah rumah dari rumah jiran yang mula-mula kena benda ni. Kisah ni terjadi pada anak lelakinya. Pada malam tersebut, anaknya tu bangun dari tidur. 
Sebab nak buang air kecil. Tapi, disebabkan reka bentuk rumah teres setingkat yang lama ni, rumah kami semua hanya ada satu bilik air dan satu jamban yang terletak di kawasan dapur. Jadi, lepas budak ni pergi buang air kecil, dia nak masuk semula ke dalam bilik dia yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu.
Waktu tu, dia perasan macam ada orang yang berdiri di ruang tamu tu. Dia pun pergi jenguk ke ruang tamu. Memang nasib dia pada malam tu pun agak malang, dia nampak ada lembaga yang besar, berdiri dekat dengan pintu rumah dia.
Tingginya sampai ke siling rumah. Dan memang tempat lembaga tu berdiri, ada pasu yang ditanam pokok tanduk rusa. Pasu tu diletakkan di atas meja tempat mak ayah dia letak kunci kereta dan lain-lain. Bila dia nampak benda tu, terus dia pengsan dan demam selama beberapa hari. Bila dia sedar, baru dia ceritakan apa yang berlaku.
Itu sahaja kisah aku mengenai penangan pokok tanduk rusa ni.
Yang peliknya, dalam satu minggu tu, tiga buah rumah jiran aku “benda” ni singgah. Mujur, mak aku tak suka tanam pokok bunga. Tak ada r port dia nak singgah. Tapi, daripada tiga orang jiran aku ni, hanya jiran yang pertama tu ja yang memang buang dan tak tanam lagi dah pokok tu. Jiran-jiran aku yang lagi dua orang ni, masih lagi steady bela pokok tu. Kata orang, pokok tanduk rusa ni memang menjadi tarikan dan perhatian makhluk bernama “langsuir.”
Jadi, buat pembaca di luar sana, kalau nak beli pokok ni untuk hiasan di halaman atau di dalam rumah, fikir dulu masak-masak ye. Kalau rasa diri tu berani nak hadapi semua ni, silakan tanam. Tapi, kalau tak berani, baik tanam pokok lain. 
Banyak lagi rasanya pokok yang tak menarik “benda-benda” macam ni untuk singgah ke rumah kita.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Mak Tanam Pokok Tanduk Rusa. Jam 1 Pagi Ada Sesuatu Bertenggek Di Situ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pavW9i

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.