Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI Mengumumkan Siri Laptop Workstation Dengan Kemampuan Realiti Maya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI Mengumumkan Siri Laptop Workstation Dengan Kemampuan Realiti Maya

Semenjak ianya diperkenalkan kembali, teknologi realiti maya selalu dikaitkan dengan arena permainan komputer. Peranti-peranti seperti Oculus Rift dan HTC Vive diangkat sebagai peranti realiti maya yang akan menaikkan nama teknologi tersebut, bukan sahaja untuk permainan komputer, tetapi untuk industri-industri yang lain juga, termasuklah seni bina, automotif, multimedia dan sebagainya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Terkini, MSI baru sahaja mengumumkan siri workstation laptop yang menggunakan kad grafik NVIDIA Quadro, khusus untuk memproses tugas-tugas yang memerlukan kuasa grafik yang tinggi, seperti rekaan grafik, pengekodan video, CAD (Computer-Aided Design) dan juga sokongan teknologi realiti maya untuk kerja.

Model paling berkuasa dalam siri ini, MSI WT73VR dikuasakan oleh CPU Intel i7-7820HK, dan hadir dengan memori DDR4 sebanyak 32GB, dan storan SSD NVME sebanyak 512GB dan cakera keras sebanyak 1TB. Dalam pada itu, laptop ini juga hadir dengan paparan skrin bersaiz 17.3 inci dengan resolusi Full HD (1920×1080).

MSI WT73VR hadir dengan I/O yang cukup lengkap. Ini termasuklah empat port USB 3.1 Type-A, satu port USB 3.1 Type-C, port HDMI yang menyokong peranti VR dan juga pembaca kad SD.

Dari segi pemprosesan grafik pula, MSI WT73VR menggunakan kad grafik NVIDIA Quadro P5000, salah satu kad grafik workstation paling berkuasa oleh NVIDIA buat masa ini, berasaskan cip pemprosesan Pascal, yang hadir dengan 2560 teras CUDA dan memori GDDR5X sebanyak 16GB. 

MSI WE72VR pula dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-7700HQ, dengan sokongan memori DDR4 8GB, storan SSD sebanyak 128GB dan juga cakera keras 1TBLaptop ini mempunyai saiz paparan skrin dan resolusi yang sama dengan WT73VR.

Dari segi grafik pula, WE72VR menggunakan kad grafik NVIDIA Quadro M2200, yang hadir dengan memori GDDR5 sebanyak 4GB, berasaskan teknologi pemprosesan grafik Maxwell 2.0 yang baru. Kedua-dua laptop MSI WT73VR dan MSI WE72VR ini disahkan menyokong peranti realiti maya Oculus Rift dan HTC Vive.

Bagi mereka yang inginkan sebuah laptop yang lebih nipis pula, MSI juga mengumumkan ketibaan MSI WS63. Dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci pada resolusi Full HD, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-7700HQ dan hadir dengan memori DDR4 sebanyak 16GB, dengan storan SSD 128GB dan cakera keras 1TB.

Walaupun laptop WS63 ini mempunyai reka-bentuk yang lebih nipis berbanding dengan model-model sebelum ini, ia masih hadir dengan teknologi-teknologi terbaru seperti sokongan HDMI, Thunderbolt 3.1 melalui port USB 3.1 Type-C dan juga penggunaan kad grafik NVIDIA Quadro P3000 yang hadir dengan 1280 teras CUDA dan memori GDDR5 sebanyak 6GB.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, siri laptop terbaru daripada MSI ini adalah untuk kegunaan tugas-tugas industrial, kerana semuanya mempunyai sokongan dan pensijilan untuk digunakan dengan perisian seperti AutoCAD, NVIDIA VRWorks SDK, IRAY VR dan sebagainya.

Dengan siri laptop ini, MSI juga dilihat mahu menggandakan usaha untuk penggunaan realiti maya pada tahap penggunaan profesional, dan bukan sahaja untuk kegunaan permainan komputer.

Jika anda berminat untuk membeli laptop-laptop ini, ia kini berada di pasaran melalui kedai-kedai penjual rasmi MSI pada harga-harga berikut:

  • MSI GT73VR : RM24999
  • MSI GE72VR : RM9699
  • MSI GS63 : RM12899
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pbNCBi

? Sumber Pautan : ? Amanz


(????)? Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk ?? Like & ?? Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.