Nelydia Senrose Kemuka Bukti Pembayaran LHDN
Pelakon Nelydia Senrose mengemukakan bukti resit pembayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang sudah dilakukan pada 4 April lalu.
Nelydia, 23, mendedahkan bukti berkenaan menerusi laman sosial Instagramnya pada malam Jumaat sejurus selepas berita tentang waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.
“Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 haribulan April 2017,” tulisnya.
Menerusi resit tersebut, pembayaran cukai pendapatan itu dibuat bagi tahun 2013 melalui cek.
Posting tersebut mendapat reaksi positif pengikutnya dengan 214 komen memberi kata-kata semangat dan menerima lebih 12,000 likes.
Pihak Kakigosip gagal menghubungi pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini yang difahamkan masih berada di luar negara.
Terdahulu, pada petang Jumaat, Nelydia Senrose bernasib tidak baik apabila mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen gagal mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013.
Selain itu Nelydia, turut berhadapan satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDNM.
The post Nelydia Senrose Kemuka Bukti Pembayaran LHDN appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ozAYJ6✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment