Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyatuan bangsa dalam muzik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyatuan bangsa dalam muzik

Hingga Akhir Nanti dan Jika Kau Bercinta Lagi  antara lagu yang melonjakkan kumpulan Alleycats satu masa dulu.

Selain lagu, identiti kumpulan Alleycats juga mudah dikenali dengan penampilan rambut afro serta trade mark  vokalis utamanya, Datuk David Arumugam dengan ungkapan ‘terima kasih’ sejak awal pembabitannya dalam industri seni sehingga kini.

Ungkapan  itu secara spontan lantaran perasaan takut dan gemuruhnya.

David atau nama sebenarnya, Thiagarajan K R Arumugam berkata, ketika itu Alleycats mengadakan persembahan pertama di Stadium Negara pada 1981 selepas album keempat, Alleycats 4 melonjakkan populariti mereka.

“Kami tinggal di Hong Kong pada masa itu dan  jujurnya kami tidak tahu  perkembangan lagu itu yang diterima baik oleh peminat. Setiap kali saya menghubungi keluarga, mereka katakan lagu kami sangat popular,” katanya.

David berkata, petunjuk pertama populariti Alleycats ketika itu ialah pemilihan  lokasi konsert iaitu Stadium Negara yang pasti mengejutkan ahli kumpulan itu.

“Saya masih ingat, salah satu pertanyaan pemberita bagaimana nyanyian dalam Bahasa Kebangsaan begitu lancar, sedangkan percakapan tidak fasih. Saya hanya menjawab: “tunggu konsert kami nanti,” katanya.

Ujarnya lagi, kehadiran peminat yang begitu ramai pada konsert pertama itu bercampur baur, gembira, teruja dan gemuruh.

“Kami bermain muzik di hotel dan bar di Hong Kong dan tidak pernah melihat penonton seramai itu. Akibatnya, rasa takut yang mendalam, maka terkeluarlah kata ‘terima kasih’ yang disambut sorakan daripada peminat yang datang,” katanya.

Sejak itu, ungkapan tersebut  menjadi trade mark David, selain tanda penghargaannya kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada Alleycats.

“Tanpa mereka, siapalah kami. Saya tidak pernah bermimpi menjadi artis, kalau tidak kerana peminat, saya tidak dikenali sebagai artis,” katanya yang sentiasa meletakkan peminat sebagai keutamaan.

Sokongan ibu titik permulaan

Anak kelahiran Pulau Pinang ini meminati muzik sejak kecil lagi.

“Ibu seorang penyanyi klasik India. Saya selalu mengikutnya membuat persembahan.  Beliau menjadi sumber inspirasi saya,” katanya.

Justeru, anak ke enam dari 11 beradik  ini meneruskan minat lalu menjadikan seni sebagai kerjaya bersama adiknya, Loganathan Amurumugam.

Jelas David, minatnya  mendapat tentangan dari bapanya, namun usaha menyanyi di kelab malam ketika itu,  berjaya membuktikan muzik mendatangkan pendapatan malah lebih dari pendapatan bapanya.       Meskipun Alleycats pada awal penubuhannya terdiri dari enam anggota bukan Melayu, lagu-lagu mereka mendapat tempat di hati pendengar Melayu sehingga menjadi juara carta dan Alleycats berjaya menghasilkan 30 album dalam perjalanan seni mereka.

“Album Inggeris pertama kami ketika itu tidak mendapat sambutan tapi lagu Melayu melonjakkan nama kami,” katanya.

Ujarnya, kepelbagaian bangsa dan agama dalam kumpulan itu sebagai tanda muhibah dan menggambarkan konsep 1Malaysia.

“Lagu-lagu kami diterima oleh pelbagai latar belakang masyarakat. Mereka tidak  persoal mengapa band pemuzik Cina dan India bekerjasama dengan penulis lagu Melayu untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu,” katanya.

Alleycats juga tidak mempersoalkan cadangan syarikat rakaman untuk melaksanakan album Melayu.

Mengakui kurang fasih Bahasa Melayu ketika itu, David berkata, dia dan ahli kumpulannya tidak  patah semangat untuk menjiwai lagu yang dipersembahkan malah mereka perlu memahami maksudnya supaya penyampaian memberi kepuasan kepada peminat.

“Bagi menjiwai setiap lirik lagu ini, ada cikgu yang memberi tunjuk ajar,” katanya.

Selain itu katanya, setiap kali merakamkan lagu mahupun membuat persembahan beliau selalu membayangkan kehijauan sawah padi sebagai sumber inspirasi dan penghayatan sesebuah lagu.

“Sejak kecil lagi saya suka lihat sawah padi. Di tengah-tengah sawah padi itu ada rumah kecil bertangga kayu. Ada pokok kelapa. Rasa tenang dan mendamaikan,” katanya teruja.

Muzik mampu satukan semua

Lebih 50 tahun dalam industri seni, David berkata, muzik adalah ‘universal’ yang menyatukan semua.

“Pada saya muzik itu universal, kerana lagu, semua bangsa dapat bersama. Muzik melahirkan kesepaduan dan kebersamaan. Kerana lagu, orang bukan Melayu faham bahasa Melayu selepas mendengar lagu Alleycats.

“Besarlah harapan saya, golongan pelapis yang ada dapat menghasilkan karya berkualiti di samping menyampaikan mesej perpaduan di dalam lagu,” katanya.

Pada usia yang menginjak 67 tahun, datuk kepada seorang cucu ini berharap lagu-lagu penyanyi kini menerapkan nilai sejagat, semangat patriotisme dan perpaduan.

“Pada era kami, semangat itu berkobar-kobar dan saya mahu ia diteruskan generasi pelapis. Negara ini begitu menarik dengan kepelbagaian bangsa, agama dan kaum. Oleh itu, pelihara ia dan jangan dirosakkan,” katanya.

Berkongsi perancangan masa depannya, David berkata, beliau dalam proses merakamkan lagu bagi album ke-31 Alleycats, sempena 10 tahun pemergian mendiang adiknya, Loganathan.

“Dalam album itu kelak ada lagu baru dan lagu lama yang diberi nafas baru. Malah, anak perempuan k mendiang  turut menyanyi,” katanya.  

Loganathan, atau lebih dikenali sebagai Loga, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2007 selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakit tersebut.

The post Penyatuan bangsa dalam muzik appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oATNvL

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.