Hi! Welcome Back and Stay Tune! Restoran mamak perkenal kad diskaun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Restoran mamak perkenal kad diskaun

PUTRAJAYA: Restoran ''mamak'' akan perkenal kad diskaun untuk golongan tertentu masyarakat bagi membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Ayoob Khan Muhammad Yakub berkata kad itu memberi diskaun 25 peratus untuk orang kurang upaya, 10 peratus untuk warga emas dan lima hingga 10 peratus untuk pelajar warga Malaysia.

"Kad diskaun berkenaan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi secara kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya kepada pemberita di pejabat KPDNKK di sini pada Rabu.

Beliau juga berkata restoran yang bernaung di bawah Presma masih mengekalkan harga lama makanan sejak dua tahun lalu dan tidak menaikkan harga seperti yang didakwa segelintir pihak.

Laporan mengenai restoran mamak menaikkan harga makanan terutamanya roti canai dan teh tarik tular di media sosial hingga mendorong Hamzah memanggil Presma untuk mendapatkan penjelasan.

Presma mempunyai 4,000 ahli di seluruh negara, dengan lebih 10,000 restoran bernaung di bawahnya.

Sementara itu, Hamzah berkata pemeriksaan KPDNKK mendapati harga makanan di kedai yang menjadi anggota Presma pada masa ini adalah sama seperti pada April 2016.

-- BERNAMA



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9Ba5T

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.