Hi! Welcome Back and Stay Tune! Senyap bukan bererti merajuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Senyap bukan bererti merajuk

LEBIH tiga tahun lalu, nama Zahirah Macwilson pantas meniti glamor apabila wajah pan-asiannya mula menghiasi drama di kaca TV tempatan.

Sejak itu, aktres kacukan Melayu-Australia ini tidak menang tangan memilih tawaran demi tawaran berlakon.

Mengakui bersyukur atas rezeki yang diterimanya, pemilik nama lengkap Nur Zahirah Zainol Johari Macwilson ini enggan lupa diri, sebaliknya cuba memperbaiki skil lakonan demi memberikan yang terbaik untuk peminat.

Namun tahun lalu, dia seakan menyepi dari radar dunia hiburan Malaysia. Bagai seiringan dengan kisah sensasi yang terpalit dalam kehidupannya sebagai selebriti, figura cantik ini dilihat mengambil pendekatan berdiam diri.

Nur Zahirah mengaku menyepi sejak setahun lalu, tapi menjelaskan ‘kehilangannya’ itu tidaklah bermakna dia merajuk atau enggan memberi komen mengenai kisah peribadinya.

Pelakon berusia 22 tahun ini memberitahu Media Hiburan, sebenarnya, dia masih aktif berlakon, cuma produk lakonannya saja yang belum ditayangkan di kaca TV.

Zahirah atau lebih mesra disapa Ira dalam kalangan rakan media ini menambah, dia lebih selesa untuk tidak terlalu ‘over’ tahun lalu Baginya, peminat sedia tahu bahawa diamnya kerana tiada drama baru.

“Jujurnya saya bukanlah senyap begitu saja. Tapi pada pada tempoh tersebut saya sibuk dengan penggambaran drama seperti biasa.

“Cuma bila tiada produk baru ditayangkan, ada yang memberi persepsi saya merajuk dengan industri.

“Tidak merajuk pun. Saya sendiri masih lagi baru dan pastinya perlu buktikan kebolehan pada peminat,” katanya yang kini kembali menjadi buah mulut ramai apabila drama lakonannya, Cucu Tauke Beras di samping Azrel Ismail kini ditayangkan menerusi slot Dahlia TV3 menerima reaksi positif penonton.

Ditanya mengenai penglibatannya di dalam drama 20 episod itu, Zahirah memberitahu, selain Azrel, pelakon lain yang turut terlibat ialah Tania Hudson dan Zizan Nin.

Pada masa sama, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga sibuk di lokasi penggambaran drama terbarunya, Cinta Coco Cokelat sebanyak 50 episod untuk slot Samarinda TV3 di samping Aqasha, Mimi Lana, Raja Afiq dan ramai lagi.

Melihat kepada komitmennya terhadap lakonan, pastinya Zahirah tidak punya masa untuk bersosial, apatah lagi berkesempatan memberi ruang masa terhadap diri sendiri.

“Seperti yang saya beritahu, meski senyap dari sebarang drama di kaca TV, tapi masih ligat shooting. Jadi kerja tetap berjalan. Kalau nak dikatakan penat, memanglah memenatkan.

“Tapi jujurnya saya suka sibukkan diri dengan kerja sedia ada. Keep busy kerana saya sendiri sudah pun belajar cari duit poket sendiri sejak belasan tahun lagi.

“Istilah penat tu boleh dikatakan bukan janggal bagi diri saya. Setakat ini, Alhamdulillah saya masih boleh seimbangkan antara kerjaya dan social life.

“Kalau rindu keluarga pun, saya pasti akan ambil cuti panjang untuk meluangkan masa bersama mereka,” katanya yang turut mementingkan kualiti bagi menjamin kelangsungan dalam dunia seni berpanjangan.

Kian selektif

Berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut, Zahirah menambah, sebagai pelakon baru, penting dia membuktikan sesuatu kepada peminat.

“Saya mahu outcome yang bagus. Jadi adalah lebih baik untuk lebih selektif sebelum menerima apa-apa tawaran, bukan hanya dari segi kualiti sesebuah drama, tapi juga watak,” katanya lagi.

Berpegang pada prinsip itulah, Zahirah turut menolak andai diberi peranan yang terlalu ekstrem misalnya perlu memakai pakaian seksi dalam sesebuah adegan drama mahupun telefilem.

“Kalau nak diikutkan, soal itu bukanlah syarat. Namun saya memang tidak selesa andai perlu pakai pakaian yang terlalu terdedah. Perlu hormati budaya dan sensitiviti peminat.

“Bagaimanapun, saya tidak melihat kekangan tersebut sebagai penghalang untuk explore lebih mendalam dalam dunia lakonan.

“Rasanya juga produksi di Malaysia pun sedia profesional. Setakat ini semuanya okey sahaja,” terangnya optimis.

Ditanya apakah dia punya sebarang strategi untuk terus kekal relevan dalam industri seni lakon tempatan di kala kian ramai aktres muda silih berganti, pelakon drama Dorm ini memberitahu, dia tidak melihat kehadiran muka baru sebagai cabaran.

Sebaliknya, kehadiran ramai pelakon baru berbakat ini dilihat suatu signal terbaik bagi memberi lebih ‘warna’ di arena seni lakonan lokal.

“Sementara kita sebagai pelakon yang sudah berada dalam industri untuk tempoh dua tiga tahun ni, kenalah improve kualiti lakonan. Bukan hanya pelakon, penyanyi pun pasti akan melalui perkara sama,” ujar anak sulung dari empat beradik ini.

The post Senyap bukan bererti merajuk appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pUWFaG

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.