Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Individu Hilang Secara Misteri – Dah 9 Tahun Abang Saya Hilang Dengan Kawan-Kawannya.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Individu Hilang Secara Misteri – Dah 9 Tahun Abang Saya Hilang Dengan Kawan-Kawannya..

Nak sangat beraya dengan abang saya pada tahun ini. Kami rindu. Kami rindukan abang kami,” itulah luahan sedih Nurfaridatul Fareeza, adik kepada Faizul Ezzam yang hilang tanpa khabar berita sejak 9 tahun yang lepas. 

Faizul Ezzam atau lebih dikenali sebagai Ijam hilang pada tahun 2008, bulan Ogos ketika umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Faizul juga dilaporkan hilang secara misteri bersama dua orang kawannya yang dikenali sebagai Sigat dan Alif. 

Sigat juga dipercayai orang Sarawak berdasarkan kepada respon-respon netizens yang berada di status itu. 

3 Individu Hilang Secara Misteri - Dah 9 Tahun Abang Saya Hilang Dengan Kawan-Kawannya..

3 Individu Hilang Secara Misteri – Dah 9 Tahun Abang Saya Hilang Dengan Kawan-Kawannya..

Bagaimanapun maklumat lanjut tentang kehilangan Sigat dan Alif tidak dikongsikan di status berkenaan. 

Menurut Faridatul, sebelum hilang abangnya telah mendapat satu panggilan telefon ketika sedang berbuka puasa beramai-ramai di Desa Rusa. Selepas itu beliau dilaporkan hilang bersama dua temannya yang lain pada 9 tahun lepas. 

Ketika hilang Faizul hanyalah berusia 22 tahun.

Gambar Alif

Gambar Faizul

Menurut Faridatul lagi, polis beranggapan abangnya dipercayai hilang ketika mencari kerja. 

Berdasarkan respon-respon di laman sosial juga, netizens menyarankan Faridatul untuk menggunakan nombor kad pengenalan Faizul bagi membuat semakan di JPJ, balai,  KWSP dan agensi-agensi kerajaan yang lain. 

Ada juga yang mencadangkan agar semakan dibuat terhadap motor milik Faizul bagi menyiasat jumlah saman dan lokasi terakhir serta disaman atas nama siapa bagi mengecilkan skop pencarian. 

Nombor untuk dihubungi; 

Faridatul merayu agar sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kehilangan abangnya boleh menghubungi mereka sekeluarga kerana mereka amat merindui Ijam.

Sumber: Sozcyili.


Sumber 3 Individu Hilang Secara Misteri – Dah 9 Tahun Abang Saya Hilang Dengan Kawan-Kawannya..

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHPAuZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.